
mereka yang saya sayang sangat
dalam aku sedang menelaah untuk nota yang pertama aku bagi subjek soap & detergen pada petang tadi, aku terdengar la kat radio hot berkaitan dengan family. sangat menyayat hati. rasa macam nak nangis je. dan apa yang dia kata semua betul dan aku rasa korang semua harus amik ikhtibar dari apa yang terjadi.
dan ceritanya bermula begini:
perempuan ini selepas dia berkahwin, dia totally mengabaikan family dia, mak dan abah dia. isk....itu semua atas desakan suami yang sangat mengokong. tapi dia memang tak amik tau langsung pasal mak dan ayah dia. nak dijadikan cerita, last-last dia divorced, dan sekarang family dia yang jaga dia dan amik berat kat dia. dia rasa menyesal from what she did before this. sebab apa-apa pun famiky kita juga yang akan datang kat kita kan, walaupun kita dalam suka atau duka, bukan orang lain. Allah punya kuasa.
so, dari sini aku harapkan amik lah ikhtibar. bagi aku famili aku adalah segalanya. jangan lah sekali-sekali abaikan mereka terutama mak dan ayah kita. kadang-kadang ada sesetengah tu baru kapel da nak kerek dengan family. uish....baru kapel kot. hehehe...kalau sayang sangat pun lepak-lepak la kan. situasi kat atas maybe faktor dari suami dia yang teruk mengokong dia. hmmm...sayangi lah mak, ayah dan adik beradik korang sementara mereka masih ada.
satu peristiwa yang wat aku memang menyesal sampai sekarang adalah time nenek aku sakit lumpuh and she stay with my family, aku tak jaga dia sangat pun, yang aku fikir time tue main-main-dan-main. apalagi yang perlu difikir oleh budak darjah 3 time tu kan. padahal she is the best nenek yang selalu jaga kami, bagi makan kami, mandi kami time kecik-kecik. aku just datang suap makanan dan amikkan air untuk dia kadang-kadang je, tidur sebelah dia jarang-jarang. arghhh......memang meyesal bila aku fikir balik. sangat menyesal dan penyesalan yang tak dapat diundur lagi. so, sayangi lah apa yang korang ada seadanya. janagn jadi macam aku dan aku harap aku takkan ulang lagi.
p/s: esok ika ivy balik rumah jupe mak dan abah. aku rasa nak balik, tapi himpitan hidup untuk exam tak membenarkan aku. kirim salam cium-cim peluk-peluk je lah.