Showing posts with label phatmeluv. Show all posts
Showing posts with label phatmeluv. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

HARI IBU

ini mak saya




hari ini hari istimewa
istimewa untuk si dia
si dia yang sentiasa ada disisi
tidak kira susah atau senang
si dia tidak pernah mengeluh
si dia tidak pernah merengus
si dia yang sememangnya hebat
hebat di pandangan setiap insan



::SELAMAT HARI IBU::



erk, aku tak kol mak aku lagi, mesti da jadi orang yang lambat. aku da la terkunci bilik nih.isk...kaka mana ko pergi. aku mau masuk bilik. hadiah tak belipun untukmak, aku hanya mapu bagi sekadar kasih sayang ku yang melimpah je. tak sempat nak keluar la mak. saya sayang kamu mak. sayang sangat. rasa nak cium-cium peluk-peluk kamu sepanjang masa. baru sekrang aku perasaan yang muka mak sama dengan muka aku. aku paling kuat dapat genetik mak aku. love you la mak. kalau dapat kulit yang putih dan mulus macam mak aku lagi aku suka.




p/s : selamat hari ibu juga pada long dan k.ngah..tambah anak ek...
golongan berjubah unggu, korang tak teringin nak jadi IBU ke??
tak sabar nak nengok produk korang...naik van ke nanti???

Thursday, April 15, 2010

kesedihan

mereka yang saya sayang sangat



dalam aku sedang menelaah untuk nota yang pertama aku bagi subjek soap & detergen pada petang tadi, aku terdengar la kat radio hot berkaitan dengan family. sangat menyayat hati. rasa macam nak nangis je. dan apa yang dia kata semua betul dan aku rasa korang semua harus amik ikhtibar dari apa yang terjadi.



dan ceritanya bermula begini:
perempuan ini selepas dia berkahwin, dia totally mengabaikan family dia, mak dan abah dia. isk....itu semua atas desakan suami yang sangat mengokong. tapi dia memang tak amik tau langsung pasal mak dan ayah dia. nak dijadikan cerita, last-last dia divorced, dan sekarang family dia yang jaga dia dan amik berat kat dia. dia rasa menyesal from what she did before this. sebab apa-apa pun famiky kita juga yang akan datang kat kita kan, walaupun kita dalam suka atau duka, bukan orang lain. Allah punya kuasa.




so, dari sini aku harapkan amik lah ikhtibar. bagi aku famili aku adalah segalanya. jangan lah sekali-sekali abaikan mereka terutama mak dan ayah kita. kadang-kadang ada sesetengah tu baru kapel da nak kerek dengan family. uish....baru kapel kot. hehehe...kalau sayang sangat pun lepak-lepak la kan. situasi kat atas maybe faktor dari suami dia yang teruk mengokong dia. hmmm...sayangi lah mak, ayah dan adik beradik korang sementara mereka masih ada.




satu peristiwa yang wat aku memang menyesal sampai sekarang adalah time nenek aku sakit lumpuh and she stay with my family, aku tak jaga dia sangat pun, yang aku fikir time tue main-main-dan-main. apalagi yang perlu difikir oleh budak darjah 3 time tu kan. padahal she is the best nenek yang selalu jaga kami, bagi makan kami, mandi kami time kecik-kecik. aku just datang suap makanan dan amikkan air untuk dia kadang-kadang je, tidur sebelah dia jarang-jarang. arghhh......memang meyesal bila aku fikir balik. sangat menyesal dan penyesalan yang tak dapat diundur lagi. so, sayangi lah apa yang korang ada seadanya. janagn jadi macam aku dan aku harap aku takkan ulang lagi.





p/s: esok ika ivy balik rumah jupe mak dan abah. aku rasa nak balik, tapi himpitan hidup untuk exam tak membenarkan aku. kirim salam cium-cim peluk-peluk je lah.