Wednesday, December 15, 2010

ramalan bintang




ramalan bintang...bunyi macam aneh, tapi lebih mudah dikenali sebagai horoskop. kalau time sekolah-sekolah dulu, bila outing jumaat sabtu je, mesti majalah REMAJA akan dibeli untuk hiburan di hari minggu. mula selak budak aspuri dok main pinjam-pinjam magazine. habis satu aspuri dia rotate. tak sempat kat hostel, dia bawak pulak baca kat class time prep. hahaha..maju giler, orang baca buku sekolah korang baca buku hiburan.




 apa kes, patut setiap kali kuar result exam, dalam list nama, nama kamu mesti senang di cari, bukan di atas, bukan ditenggah-tenggah, tapi mula lah dari nama yang bawah sekali baru tarik keatas, mesti cepat jumpa kan. hahaha...sengal kamu nih nanato. perangai tak gadis ayu langsung. aips..baca REMAJA kira boleh dikategorikan sebagai gadis ayu apa?hehehehe...




bukan nak baca apa sangat pun dalam REMAJA nih, part yang aku akan cari first sekali ialah part horoskop. memang terbaek dari ladang. suka baca apa yang dia tulis, adakah kebenaran nyer boleh dibukti secara sains atau hanya sekadar ramalan semata-mata. itu terpulang kepada individu, tapi sekadar membaca , jangan percaya bulat-bulat pulak. tetiba malam semalam teringat nak nengok hobi aku masa sekolah-sekolah dulu, negok horoskop minggu ini. ye lah..kita mana main REMAJA da sekarang, baca buku-bermuka-muka lagi syok. hehehhe.....




so, aku bintang sagi, aku nengok sagi  ek, klu korang nak nengok diri sendiri punyer, pergi blog ini. horoskop minggu ini untuk sibintang sagi ialah :


Ramalan bintang Sagitarius (23 November - 20 Desember)
Peruntungan: Usahakan untuk tidak membuat keputusan berani di minggu ini. Lihat situasi dulu tunggu sampai akhir minggu ini. Kalau nanti sekiranya bisa dilakukan ya jalankan, tetapi kalau belum sebaiknya ditunda dulu.

Kesehatan: Luka lama jika kurang bisa merawatnya bukan tidak mungkin akan terjangkit kembali. Ini yang mesti Anda hindari agar kesehatan tetap bisa selalu prima.

Kewangan: Banyak kebutuhan muncul sehingga Anda mesti memprioritaskannya agar semua kebutuhan dapat tercukupi semuanya.

Asmara: Apa gunanya membuat janji-janji kalau hanya akan membikinnya kecewa saja di kemudian hari.





p/s: mana punyer bahasa sudah aku amik.okesh belasah-belasah. yang peruntungan tu namapak macam betul. yang lain, kira aku boleh tolak tepi la. hehehehe

Wednesday, December 8, 2010

bila sudah bekerja

assalammualaikum...semalam cerita pasal life aku yang baru menampakkan rupa, sekarang nak cerita bila saya sudah banyak kerja nak buat, blogging macam orang takde kerja. hahaha..bila ada mood nak update blog tiap-tiap hari pun mau tulis kan. 


tak bosan plak orang lain baca kamu punya blog yang ngarut ini cik nanato. kamu jangan bajet feymes. pipiyapong pun lagi feymes dari kamu. bak kata adik aku 'pipiyapong skolah sains tau'. habis tu aku nih boleh tergolong tak dalam golongan si feymes yang cool. ye....saya tau saya tak boley jadi feymes. STOP WRITING NONSENSE ANNOYING WOMEN. hahhahaha....



 okesh...stop tulis ngarut-ngarut cik nanato. stop sebelum dedek cakar muka kau. kahkahkahkah...sambung buat lab sat lagi. skang memang melambak keje nak buat. baru je lepas jupe supervisor aku, setimbun keje dapat. i should start my lab now and stop talking, gosiping and wat so ever. drrrr......-__-"



p/s : umi doing her's lab work today, doing soxhlet extraction. so, i couldn't proceed my damn lab today. so, jom facebooking pulak. hahahhaa...

Tuesday, December 7, 2010

yang baru

assalammualaikum....SALAM MAAL HIJRAH..sempena hari baik nih kita perlu lah memulakan sesuatu dengan langkah yang baik..iye kan. cess..tetiba jadi gadis yang ayu tapi tak seayu rupa. aduhai...perjalanan masih jauh, usia semain meningkat meninggalkan memori-memori lepas untuk dijadikan pedoman. adakah jalan yang saya ambil hari esok ini benar. oh, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Nya dan dipertunjukkan jalan yang lurus.


selama aku hidup nih, setiap langkah yang aku amik semua nya teratur dan tidak sukar untuk aku wat keputusan , masuk tadika, pastu pi sekolah rendah, belajar macam besa jer, masuk boarding school, SEMESTA, pastu PMR dan SPM, semua buat realaks-realaks, tak perlu pecah kepala untuk study. hahhaha...patut la SPM ko hancur nanato. punah harapan mak nak nengok anak dia pi over the sea. sorry mak, memang silap saya tak mau belajar betul-betul SPM dulu.


lepas SPM, masuk matrikulasi Pahang, okesh..keputusan yang mash tidak sukar untuk aku ambil.pegi je janji masuk U pas nih kan. belajar alar kadar lagi, dan-dan tu aku tersungkur jatuh. result tak macam xgempak ko buat kan. hahahha..insaf-insaf. i've learned my lesson. second sem, strive betul-betul target mesti achieved, hahha, nasib baik lepas klu tak, naya aku. then, masuk U, UKM, time nih memang da insaf, tak nak main-main lagi, nak guna otak aku betul-betul, rugi babe klu tak guna...nak tunggu dia karat? tak bersambung la jawab nyer neuron-neuron aku untuk bagi tindakbalas.


la nih da GRAD. skaang nih yang buat aku kompius. perjalanan tidak teratur lagi macam dulu. aku kena fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri. adakah jalan yang aku ambil ini betul atau tidak, aku masih sangsi, i'm still juggling with it.


semoga diberi pertunjuk dan dipermudahkan urusan aku di dunia ini. semoga apa yang aku ambil ini akan diberkati ALLAH. amin.


::SALAM MAAL HIJRAH::





p/s : hahhaha...tak banyak pulak kan saya tulis hari ini. new year, new hope, new life journey. perlukan sokokngan sekarang ini. tapi kalau sokongan dari segi financial lagi la aku suka sepnuh raga.

 aips..perangai tak senonoh gadis tak ayu ini.isk..isk..isk..

Thursday, November 11, 2010

LEAVE APPLICATION FORM


Nanato Frahana
Chemical Engineering Pilot Plant
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor Darul Ta'zim 

Nor Farahiyah Binti Aman Nor
Research Officer,
Chemical Engineering Pilot Plant
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor Darul Ta'zim 

Madam,

APPLICATION FOR LEAVE DURING RAYA HAJI CELEBRATION

Refer to above.

II, Nanato Farhana, as a trainee of Chemical Engineering Pilot Plan (CEPP) under your supervision wish to apply for a leave during Raya Haji celebration.

2.      I wish to take a leave for 4 days on the dates of November 15th ,16th ,18th and 19th . The reason I take this leave is due to raya haji will be held on that week and is my pleasure to celebrate it with my family in Pahang.

3.      I will be glad if you could consider my application.

Thank you.



Your sincerely,

Nanato Farhana


 choii~~(baru blaja dis vocab malam semalam from nadia che aziz, sangat excited nak guna kan-nyer)....tak sabar i nak balik raya haji. giler lama tak balik. semangta wat leave form..(hahha..xde la semangat sangat pun, esok da jumaat, today baru nak wat, sabtu da nak balik melarikan diri ke Kuala Lipis)




reason nak balik nak amik cuti memang tak boleh bla la kan. macam la ko sorang je ada family yang nak beraya. hihihih...lempang laju-laju kang..baru trainee, cuti tak nak sampai seminggu plak kan saya amik. 




kalau tunggang-langgang ayat aku, korang sila abaikan, saya memang kurang dalam bab-bab mengayat dalam bahasa orang lain nih...oh, saya maksud kan bahasa inggeris. kalau ada guru-guru yang mahu bantu saya..saya sila-sila kan diri kamu.



p/s : waa..bab cuti laju je kamu, bab keje..mengulat je tiap-tiap hari. pantang nampak bus lalu kat depan CEPP terus ko lari tanpa pesan pulang ke kamar. waa..kamar tue..ayat nak indah saja. tak sabar nak gi swimming with dedek..erk..dedek chicken pox, boleh swimming jugak tak..nanti tak pasal-pasal tersebar virus cacar air tu dalam air kolam .naya semua..habis satu hotel kat mersing kena penangan dedek.

Monday, November 1, 2010

memilih atau perlu dipilih

:;rindu kat kamu semua:;
grad da lama tapi still takde pape lagi berlaku kat aku



adush..jemmm otak dua tiga hari nih memikirkan hari-hari yang bakal mendatang. sambil membuat kerja amal untuk IMREC dan CEPP ini tanpa elaun yang di beri, aku tengah selak mencari bos-bos yang sangat suka untuk memberi peluang pekerjaan kepada ku. peluang tu sudah pasti dapat mengembirakan hati mak dan abah ku, namun, satu bos pun tak mau amik aku kerja setakat ini..adeyh.....kalau dapat keje kat CEPP nih, 2-3 bulan, rumah dah free da, tak gitu encik afzan...hahahahah...jemm lagi otak afzan dan keluarga bila dengar aku nak tinggal dengan dia orang. adoiyai, doakanlah aku dapat kerja terus....






p/s : nana. zaman sekarang jangan memilih sangat...golonga mereka sudah kurang...YA ALLAH KAU TUNJUKKAN LAH AKU JALAN YANG BENAR.

Sunday, October 24, 2010

quote untuk si dia

sambil menelan air feveret aku, teh 'O' ais limau untuk membasahi tekak ku yang kering, aku terdengar satu statememnt mantap kuar dari mulut seseorang :




"time kita nak naik, memang kita akan hilang kawan, bila kita dah naik, dah ada pangkat nanti kawan yang akan cari kita"




pergh, giler padu statement nih. masih terngiang-ngiang lagi dalam otak kanan aku nih memikirkan ke-logik-kan statement tersebut. orang zaman sekarang macam-macam kan, belum pape lagi da kuar kan ayat tersebut. mungkin da terniat dihati kot untuk melakukan sebegitu rupa. isk-isk-isk.


p/s : AWAS!! renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Monday, October 18, 2010

saya sudah jatuh chenta

ohh...saya sudah jatuh chenta...jatuh chenta dengan lagu nih...sangat-sangat jatuh chenta...adush...tiap-tiap masa pun mesti mau dengar lagu nih juga. pantang leka. nanti balik umah nak practice lagu nih with gitar juga la. aiceh....cakap macam hebat, pegang guitar kapok si biru tua tu pun jari aku tak sampai nak wat kord dia. adush~~

::YUNAlis-BULAN DITUTUP AWAN::




p/ s : if there is someone plays this song for me by akustik kan cute kan.....sukanyer..