Thursday, April 21, 2011

SEMESTA dan SIREN

Bercerita pasal SEMESTA, sekolah asrama aku dari from 1 samapi form 5, bende yang paling aku fade-up sekali ialah bunyi siren atau loceng sepanjang masa.


Loceng 1st - bunyi pukul 5.30, ajak pergi semayang subuh, padahal pukul 4.30 pagi aspuri da ibarat membuat pesta mandi-manda sambil berebut tempat untuk iron baju. Bunyi air jatuh dalam baldi bila kena tadah memang buat aku lagi hangin pagi-pagi. Pukul 5.30 dia orang da start nak bukak lampu dorm, bila aku senior, aku bangun kol 6.10, sape berani bukak lampu, lu try lah, sebab wa tak kisah lah satakat lampu neon duk bawah mata wa..Jiwa wa kental, yang jadi tak kental bila tengah tidur, rotan duk hinggap atas badan, sebab kena rotan dengan warden bila tak bangkit lagi pergi solat kat surau.

Loceng 2nd - Bila nak pergi prep petang pukul 2.45 da bunyi. Okey, preparation class. Apa  yang aku prepare pun tak tahu. Bila mood nak tidur tue lebih, aku dengan geng-geng seangkatan akan tidur kat dorm, tak pergi prep petang. Tapi bukan tidur atas katil ye puan-puan, tidur dalam locker untuk sentengah jam yang pertama. Pukul 3.30 baru kuar locker tidur atas katil. Kalau bernasib baik anda boleh tidur sampai pukul 4.30. Kalau tidak bernasib baik, anda akan belari pusing padang atau duduk tayang muka depan dema untuk tatapan umum, sambil kaki anda kena libas.








hahahha...nengok..warna blok asrama kami ikut warna rumah sukan, biru for kejora dan merah for zuhal.
HIDUP ZUHAL.


Loceng 3rd- Loceng riadah. Sape lah wat peraturan aspuri wajib kosong bila petang pun aku tak tahu. Berpusu-pusu budak kuar gi riadah pukul 5 ptg sampai kol 6.15. Yang riadah adalah dua tiga kerat, yang lain duk men kemuncup tepi padang, yang paling rajin, pergi jolok buah kelapa, hentak kat tar, pastu minum air dia.

Loceng 4th- Pukul 6.45 petang tak silap aku. Loceng suruh kumpul kat surau dan pergi solat maghrib. Yang cuti pun, time-time tue gak kena naik kosongkan asrama. Banggang. Memang tak sempat tidur petang langsung. Kalau bernasib malang kene kunci dari luar, terpaksa panjat pagar dengan baju-baju kurung sebab nak lepaskan diri dari warden jahat.

Loceng 5th - Pukul 8. Tanda waktu pergi prep malam. Muka searabai mabai pakai baju kurung, tudung hitam putih sahaja yang dibenarkan dan berjahit tengah, pergi mendaki bukit naik pi class. Pastu memekak kat class. Kalau ada cikgu je satu sekolah jadi senyap. Biasa bila malam, time paling indah bila agihan request. But kompem aku tak tak dapat banyak, because ak bukan lah orang yang feymes


Loceng 6th- yang paling akhir before kami tutup mata, pukul 11. Tanda waktu light-off. If sesape yang wat-wat pana tak tutup lampu lagi, prefect yang bajet perfect akan jerit dari bawah, F104 !!!







p/s : Siren memekak, memekik kat telinga. Tapi sangat best bila ada pengalaman macam nih kan. Peraturan yang jahanam buat aku suka nak tangguh masa sekarang. Kalau takde siren kan bagus, aku tahulah nak urus masa aku sendiri. Kuikuikui.