Thursday, February 24, 2011

JIKA TIDAK SUDI



Sambil usha gadis-gadis comel kat youtube, tetiba saya terlihat si gadis comel ini. Cess..lagu menusuk kalbu aku. Menangis dalam hati kalau dengar dan nyanyi lagu ini. Memang melayan jiwa perasaan hati aku ini betul sebab lagu ni memang tengah IN  hati ini.

Cuba anda tengok lirik dia, pernah jadi tak kat kamu orang? 
Pernah tak? Pernah tak?


Kalau nak jadi comel macam Heliza, cepat nyanyi lagu ini macam dia..hehhehe...

Lirik Lagu Cuma Aku (Heliza Helmi)

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang


p/s :Aku suka kamu tapi kamu tak suka aku. Demm....ku tunggu kau jadi janda ok tak? hahahha...gila kuasa !!

Wednesday, February 23, 2011

TADIKA

Di sebuah tadika yang terletak nun jauh diutara, seawal pagi, kelihatan sibuk si ibu bapa menghantar anak masuk ke dalam kelas sambil menjinjing bag sekolah pelbagai warna. Di suatu sudut, riuh anak-anak mula memekik berlari-lari. Setibanya loceng berbunyi, guru mula memulakan tanggungjawab yang diberi----> Mengambil Kedatangan untuk yang ke-4 kali sejak sesi sekolah yang baru bermula.

Seorang, demi seorang nama murid di panggil,

Guru :  Ali

Ali : Yes Teacher !! dengan semangat.

Batrisya : Yes Teacher.

Dan Seterusnya, semua di jawab menandakan bahawa mereka hadir pada hari itu, sehingga tiba pada nama :

Guru : Iman Nur Qadisha

Qadisha : ___________
(Tiada Jawapan, hanya bunyi ungas yang datang menyahut)

Guru tersebut mula menandakan pangkah pada buku kedatangan, kemudian sambung memanggil nama anak-anak yang lain.


Apabila habis nama anak-anak dipanggil, guru mengemukakan soalan,

Guru : Okay, nama siapa yang Teacher tak panggil tadi?

Seorang anak polos mengangkat tangan dengan yakin.

Guru : Apa nama kamu?

Anak : Nur Iman Nur Qadisha.


hahhahah....Qadisha memang sengal. Nama dia mana ada Nur kat depan, nama dia Iman Nur Qadisha je. Memandai je dia ingat nama dia ada Nur kat depan. Berapa banyak Nur yang dia nak? hahhahah...Nih semua terpengaruh bila main doktor-doktor dengan umie-umie dan ayah-ayah dia. Semua pun dia letak Nur bila panggil nama patient dia;

"Nur Umie Na"


p/s : Budak baru masuk sekolah..hahhaha..Macam-macam.Teringat time aku handle tadika time aku jadi cikgu hari itu...Haru !!

Tuesday, February 22, 2011

BIG SALE !!!

Guys, check this out. BIG SALE from air asia. Waa...sungguh berkobar-kobar untuk bercuti sekarang. Tiket murah, tiket murah. Tempah je awal-awal, dapat pergi ke tak belakang kira. hahhahahhaha......









p/s : golongan berjubah unggu. Apa lagi, Sabah yok. kamik geram nak makan seafood disana. FaraE jadik tourist guide..Aci tak?..hehehhehhe...tak sabah, Bandung pun lagi cara kan...

Tuesday, February 8, 2011

falsafah abah


Di suatu petang yang hening, sedang rancak kami satu famili berdiskusi kencang, tetiba abah mengeluarkan suatu falsafah yang indah :



" doktor falsafah, anak bersepah "



 hahahha...tergelak besar kami seketika.lagi satu ayat sentap buat aku hari ini daripada abah :



"heee...menyampah betul abah nengok nana nih..."
"macam budak kecik je la...tak gaya umur 23 langsung."




seraya itu didalam hati berkata, saya awek muda abah...erk..awet muda or awek muda?




p/s : saya ada macam-macam nak buat sekarang.em...em..em...