malam ini, dengan semangat waja untuk pergi membeli makanan, kami dengan tangkas bergerak ke tapak pesta konvo tanpa segan silu selepas solat isyak. mana tau, malam ni ada artis macam semalam ke, sebab aku masih terkilan tak dapat nengok 6th sense semalam. bawak encik fabregas dengan laju nya menuju ke destinasi, sebab kalau bawak encik keta kebal, memang tak in bila part nak cari parking. da parking, kami pusing-pusing satu tapak then, kami pekena laksa penang 88 dengan petis. memang cara dan dalam perancangan nak pegi makan lagi esok harinya.
dah habis makan, kami berangkat pulang dengan cepat memandangkan artis pun tak de nampak malam ni. sampai-sampai kat encik fabregas, tetiba ada plak motor blok fabregas kami. terpaksa la menolak dengan bantuan ika ivy. ika ivy sudah mula rungsing sebab motor tu macam tak stabil dengan tongkat nyer. dua tiga kali gak la ia nak jatuh.
ika ivy : asal dengan motor nih..$%#*
(dia mula menggomel sendirian )
nanato : huish..lek la.
sejurus kemudian, kami try start fabregas kami, wat hal plak da. ia mula tak mau start. haish...time ramai-ramai orang la dia nak wat hal. tup-tup belakang kami ada mamat empunya moto tak stabil tadi. dia amati kami jauh-jauh.
mat moto : motor tak ble start ka?
cuba try double stand.
(dengan baik nyer)
aku dan ika da mula risau, takut dia dengar apa yang ika ivy omelkan tadi.
nanato : a'a...tak boleh start.
tak tendang langsung.
guna starter memang tak boleh.
dengan kuat mamat moto tue try start skuter kami. tak boley nih, mungkin bateri kot. pastu, kami decide nak tolak fabregas ke kolej yang terdekat dan tinggalkan je skuter tu kat situ. mamat moto punya la baik, dia offer untuk tunda skuter kami. aku dengan malu terima dengan hati terbuka.
pergh..karma memang karma. sebab kutuk motor mamat tue la, at last dia yang tolong kami. then kami berjalan kaki pulang ke kolej, amik keta encik kebal dan decided untuk tengok semula apa problem dengan encik skuter. dan-dan kami datang situ, dua tiga kali kami try start boleh plak berjaya dengan jaya nya.
aduiyai...memang Allah nak duga kami malam nih. tak baik kutuk orang, last-last dia gak yang tolong kita. KARMA-KARMA-KARMA.
p/s : terima kasih kepada kamu sebab susah-susah tolong kami, walaupun saya memang tak reti nak main tunda-tunda motor nih. hahahhah...padan muka ika ivy, suka marah-marah lagi.
penutup pesta ada YUNAlis zaria....YIPEE!!!