Tuesday, April 20, 2010

dilema seorang wanita

mereka si PRODIGY
time berbuka puasa


hehehheh...
wanita ke aku? haishh...lebih kepada seorang gadis lagi ni sebenarnya. aku mengalami simptom-simptom bahawa ku sedang dalam dilema untuk pergi ke tidak gathering sekolah kami yang akan diadakan bulan may ni, di bukit tinggi dan esok adalah hari last untuk kami semua warga PRODIGY inform samada jadi ke tidak. kesian kat organizer cik meera, sebab target untuk mereka yang pergi belum tercapai. tapi seriously, aktiviti memang superb, fees pun ok sangat. ramai yang tak dapat pergi ini gathering semua disebabkan mereka-mereka mempunyai urusan-urusan yang tak dapat nak dielakkan seperti still tak balik malaysia, cuti da habis time tu, kena pergi praktikal. dan aku, masih tak dapat nak bagi kata putus lagi sebab sangat la tak pasti apa yang terjadi time tue, dan akau rasa macam agak busy. macam busy la kan, tapi tak kompem lagi.



TAPI SERIOUS TALKING
I MEMANG NAK ATTEND ITU GATH
nak jupe kamu semua lagi dan lagi



mereka si PRODIGY lagi
gathering di PD





p/s: sian kat ezd kena tinggal sesorang kat kolej. esok i balik ye, tapi mesti u da takde da.
pasal gath nih, nanti aku fikirkan..kumpul geng dulu..hehehhe...

golongan berjubah unggu, mesti kita pun macam ini nannti, pening bila mau wat gath. mak aiii~~

Saturday, April 17, 2010

paparazzi yang binggung




hehhehehhe....
semalam tak pasal-pasal aku jadi paparazi sukarela untuk hiburkan hati yang lara dan menjadi agak binggung dengan membuat pemburuan faizal tahir bersama-sama cik mizan. kesemuanya dilakukan secara tak sengaja dan tanpa dirancang. kami terus membuat keputusan drastik untuk membuat pemburuan apabila mengetahui bahawa si dia one in million ini mau datang ke UKM untuk membuat show untuk AMgames yang dianjurkan oleh orang-orang yang berunta AMbank. dapat tau faizal tahir nak datang pun dari status buku bermuka-muka je pada pukul 915, then trus decided nak pergi dengan segera tanpa melengahkan masa pada pukul 930. korang saksikan keberjayaan pemburuan kami.



faizal tahir mau masuk dia punya kereta da




faizal tahir da dalam kereta da




kereta faizal tahir da pergi da



pergambaran bersama faizal tahir tidal berjaya, sebab dia rushing mau balik dan kesibukan usher-usher yang kawal faizal tahir. isk..rugi-rugi. dia rushing sebab esok pagi-pagi subuh syafie mau pergi itu Village mall dekat sungai petani. tapi kami dapat bergambar dengan syawal. syawal pun syawal la.



cik mizan : syawal : nanato




nanato : syawal
kesian syawal kena tunduk skit untuk bergambar dengan aku yang agak renek nih



p/s : disebabkan pemburuan, habis target study aku malam semalam. haish...hancur exam aku, banyak lagi tak study nih.

thanks Ambank sebab kami yang tak diundang boleh masuk tengok itu show.

Thursday, April 15, 2010

kesedihan

mereka yang saya sayang sangat



dalam aku sedang menelaah untuk nota yang pertama aku bagi subjek soap & detergen pada petang tadi, aku terdengar la kat radio hot berkaitan dengan family. sangat menyayat hati. rasa macam nak nangis je. dan apa yang dia kata semua betul dan aku rasa korang semua harus amik ikhtibar dari apa yang terjadi.



dan ceritanya bermula begini:
perempuan ini selepas dia berkahwin, dia totally mengabaikan family dia, mak dan abah dia. isk....itu semua atas desakan suami yang sangat mengokong. tapi dia memang tak amik tau langsung pasal mak dan ayah dia. nak dijadikan cerita, last-last dia divorced, dan sekarang family dia yang jaga dia dan amik berat kat dia. dia rasa menyesal from what she did before this. sebab apa-apa pun famiky kita juga yang akan datang kat kita kan, walaupun kita dalam suka atau duka, bukan orang lain. Allah punya kuasa.




so, dari sini aku harapkan amik lah ikhtibar. bagi aku famili aku adalah segalanya. jangan lah sekali-sekali abaikan mereka terutama mak dan ayah kita. kadang-kadang ada sesetengah tu baru kapel da nak kerek dengan family. uish....baru kapel kot. hehehe...kalau sayang sangat pun lepak-lepak la kan. situasi kat atas maybe faktor dari suami dia yang teruk mengokong dia. hmmm...sayangi lah mak, ayah dan adik beradik korang sementara mereka masih ada.




satu peristiwa yang wat aku memang menyesal sampai sekarang adalah time nenek aku sakit lumpuh and she stay with my family, aku tak jaga dia sangat pun, yang aku fikir time tue main-main-dan-main. apalagi yang perlu difikir oleh budak darjah 3 time tu kan. padahal she is the best nenek yang selalu jaga kami, bagi makan kami, mandi kami time kecik-kecik. aku just datang suap makanan dan amikkan air untuk dia kadang-kadang je, tidur sebelah dia jarang-jarang. arghhh......memang meyesal bila aku fikir balik. sangat menyesal dan penyesalan yang tak dapat diundur lagi. so, sayangi lah apa yang korang ada seadanya. janagn jadi macam aku dan aku harap aku takkan ulang lagi.





p/s: esok ika ivy balik rumah jupe mak dan abah. aku rasa nak balik, tapi himpitan hidup untuk exam tak membenarkan aku. kirim salam cium-cim peluk-peluk je lah.

Wednesday, April 14, 2010

loloskan diri

nengok tv je jangan pasang tv



hahahaha...
aku berjaya meloloskan diri aku dari operasi menyorokkan remote dan berebut tv di kolej. berada di rumah kakak aku sekarang, boleh tengok tv sampai lebam dan menjadi seorang yang tak sedar diri bahawa aku hanya ada 4 hari je lagi untuk study sabun yang melambak dengan carry mark aku yang sikit giler. tahniah kepada cik ezd yang memang hebat dalam subjek ini. jeles sama kamu ye si kecil yang hyper.



esok pagi-pagi da kena balik da. dan ada aktiviti yang best sudah menanti aku. aku nak nengok semua orang dengan mata-mata baru korang dapat esok pagi.



p/s : aku tengah sasau sebab big mag aku yang baru makan sikit dah di jamah semut. ponggek la.....kalau tak disebabkan aku masih belajar, da lama da aku baham big mag tu dengan semut-semut sekali. isk...

terbaru

untuk terapi minda aku ari ni elak masalah laptop aku




hello...
how are you...
otak yang semakin mengecut untuk mencari idea-idea bernas untuk menulis disini menyebabkan saya akan menulis ayat di bawah:




SAYA SUDAH UPDATE BLOG!!!!





hahaha...siyes takde idea langsung nak mengarut apa walaupun golongan berjubah unggu semakin kencang mengupdated blog mereka. semalam lepas makan di tempat tomyam feveret pada zaman dulu kala dengan golongan berjubah unggu aku terus menuju ke bilik tv blok sebelah dengan harapan pukul 10.30 malam dapat la aku nengok mereka si suri rumah yang desperate.



alih-alih, bebudak nih dengan remote di tangan lepas cerita ghost wishpered mengalih channel tengok itu cerita ASMARADANA. haish...mau merchok aku kat situ..da la aku mai jauh-jauh, siap datang awal lagi, dengan mata mengantuk nyer sanggup datang bilik tv just semata-mata nak nengok itu cerita TERKUBUR DISITU.



dengan rasa hati yang hampa, terus mengetuk bilik si ezd, boley jugak la aku mengadu nasib kat situ. hahahhahahhah.......nak bukak laptop, aku jadi malas sebab laptop aku da mengalami simptom kerosakkan screen semula. ponggek la ini compaQ, padahal aku baru je anta betul kan ritu, tak sampai dua bulan warranty aku habis, dan-dan tu je dia nak rosak lagi sekali kan. arghhhh....mau pecah poket aku untuk betulkannya sendiri. haiyak la. apa mau buat ek.






p/s : jangan beli compaQ lagi ye.the new version compaQ nyer memang binggung. 90% of it ada screen problem. korang ada idea tak nak wat apa dengan ini laptop???


nanato si hantu tv.
kehilangan 'IA' menyebabkan saya perlu main rebut-rebut tv 3 minggu ini.