Friday, December 31, 2010

please stay

even is just for a short period of time, the moment that we shared, the friendship that we had will never end. i miss every moment that we spent together, no matter how and no matter what. i miss u all guys, deeply from my heart. my heartaches just start when you all are not around. i cant stand this guys. please stay, don't go, please stay. as the time keeps slipping by, we created a lots of memories, the joy we had will never be erase. all the crazy thing that we did together, those would be the best memories and it will be my best therapy when i missing you. even its getting late to say this, thanks guys for being my best buddy.

:: i will missing you ::


p/s : TERIMA KASIH IMREC, because of u, i can met with this awesome crazy fellas, IMREC3. if i have my time machine, i will hold this 3 months for another 1 year. please stay, don't go, please stay. 

Thursday, December 30, 2010

GONGGONG GARUDA

::si gonggong garuda ::


malam semalam seawal malam mejelma, kami da bergerak ke port lepak kami, AGUS untuk tengok  GONGGONG GARUDA .pergh....seat baik punyer memang da habis kami, berdiri dari jauh sambil landing atas kereta tepi-tepi sambil wat keje amal mencuci habuk di kereta sebab semangat itu ada. punyer la semangat.



hebat memang hebat. khairul fahmi memang hebat. kalau aku yang jadi gol keeper..da bersepah da gol indon sumbat. tapi disebabkan khairul fahmi tu hebat sepakan penalti pun dia boleh hentikan. da lah dia hensem, muka ala-ala jepun wooo....


minit ke-54,  safee salee sumbat satu gol...top scorer tu..gamat satu taman u dengar orang melalak...tu tak dengar mat-mat indon melalak menangis lagi. kehkehkeh





p/s: Malaysia memang hebat. hopefully boley tahan lama.esok cuti peristiwa...yipee!
erk..macam aku keje plak...da 2 minggu duk cuti memanjang.

Tuesday, December 28, 2010

reti tak sapu?

 ::jangan mudah terpedaya dengan senyuman manis beliau, beliau sangat lawak okay ::


tengah sibuk aku menyapu rumah balik baru-baru ini, tetiba aku terdengar :


"nana nih...sapu tak reti-reti"



perghh...bernanah telinga aku bila aku paling tengok si iman nur qadisha yang cakap. mak aku gelak kuat-kuat dari jauh tengok teletah anak sedara aku panggil umi na dia nana je. sound baik punyer... susu masih di mulut, dengan kemas sound aku. cess memang cess...



p/s : saya sedang mengalami waktu senang hati...tapi tidak berapa tenang....kenapa ek?

Friday, December 17, 2010

saya dan buah hati



"Saya tak perlukan lelaki yang sempurna.Cukuplah seorang lelaki yang sentiasa mahu memperbaiki dirinya untuk membimbing saya dan anak-anak kami kelak."







p/s : jalan-jalan kat dinding orang-orang tetiba terlihat ayat ini. memang sangat best qoute dia kan. 
       saya perlukan dia yang ajak saya solat jemaah bersama. ehem..ehem....esok balik rumah..yipee..

Wednesday, December 15, 2010

ramalan bintang




ramalan bintang...bunyi macam aneh, tapi lebih mudah dikenali sebagai horoskop. kalau time sekolah-sekolah dulu, bila outing jumaat sabtu je, mesti majalah REMAJA akan dibeli untuk hiburan di hari minggu. mula selak budak aspuri dok main pinjam-pinjam magazine. habis satu aspuri dia rotate. tak sempat kat hostel, dia bawak pulak baca kat class time prep. hahaha..maju giler, orang baca buku sekolah korang baca buku hiburan.




 apa kes, patut setiap kali kuar result exam, dalam list nama, nama kamu mesti senang di cari, bukan di atas, bukan ditenggah-tenggah, tapi mula lah dari nama yang bawah sekali baru tarik keatas, mesti cepat jumpa kan. hahaha...sengal kamu nih nanato. perangai tak gadis ayu langsung. aips..baca REMAJA kira boleh dikategorikan sebagai gadis ayu apa?hehehehe...




bukan nak baca apa sangat pun dalam REMAJA nih, part yang aku akan cari first sekali ialah part horoskop. memang terbaek dari ladang. suka baca apa yang dia tulis, adakah kebenaran nyer boleh dibukti secara sains atau hanya sekadar ramalan semata-mata. itu terpulang kepada individu, tapi sekadar membaca , jangan percaya bulat-bulat pulak. tetiba malam semalam teringat nak nengok hobi aku masa sekolah-sekolah dulu, negok horoskop minggu ini. ye lah..kita mana main REMAJA da sekarang, baca buku-bermuka-muka lagi syok. hehehhe.....




so, aku bintang sagi, aku nengok sagi  ek, klu korang nak nengok diri sendiri punyer, pergi blog ini. horoskop minggu ini untuk sibintang sagi ialah :


Ramalan bintang Sagitarius (23 November - 20 Desember)
Peruntungan: Usahakan untuk tidak membuat keputusan berani di minggu ini. Lihat situasi dulu tunggu sampai akhir minggu ini. Kalau nanti sekiranya bisa dilakukan ya jalankan, tetapi kalau belum sebaiknya ditunda dulu.

Kesehatan: Luka lama jika kurang bisa merawatnya bukan tidak mungkin akan terjangkit kembali. Ini yang mesti Anda hindari agar kesehatan tetap bisa selalu prima.

Kewangan: Banyak kebutuhan muncul sehingga Anda mesti memprioritaskannya agar semua kebutuhan dapat tercukupi semuanya.

Asmara: Apa gunanya membuat janji-janji kalau hanya akan membikinnya kecewa saja di kemudian hari.





p/s: mana punyer bahasa sudah aku amik.okesh belasah-belasah. yang peruntungan tu namapak macam betul. yang lain, kira aku boleh tolak tepi la. hehehehe

Wednesday, December 8, 2010

bila sudah bekerja

assalammualaikum...semalam cerita pasal life aku yang baru menampakkan rupa, sekarang nak cerita bila saya sudah banyak kerja nak buat, blogging macam orang takde kerja. hahaha..bila ada mood nak update blog tiap-tiap hari pun mau tulis kan. 


tak bosan plak orang lain baca kamu punya blog yang ngarut ini cik nanato. kamu jangan bajet feymes. pipiyapong pun lagi feymes dari kamu. bak kata adik aku 'pipiyapong skolah sains tau'. habis tu aku nih boleh tergolong tak dalam golongan si feymes yang cool. ye....saya tau saya tak boley jadi feymes. STOP WRITING NONSENSE ANNOYING WOMEN. hahhahaha....



 okesh...stop tulis ngarut-ngarut cik nanato. stop sebelum dedek cakar muka kau. kahkahkahkah...sambung buat lab sat lagi. skang memang melambak keje nak buat. baru je lepas jupe supervisor aku, setimbun keje dapat. i should start my lab now and stop talking, gosiping and wat so ever. drrrr......-__-"



p/s : umi doing her's lab work today, doing soxhlet extraction. so, i couldn't proceed my damn lab today. so, jom facebooking pulak. hahahhaa...

Tuesday, December 7, 2010

yang baru

assalammualaikum....SALAM MAAL HIJRAH..sempena hari baik nih kita perlu lah memulakan sesuatu dengan langkah yang baik..iye kan. cess..tetiba jadi gadis yang ayu tapi tak seayu rupa. aduhai...perjalanan masih jauh, usia semain meningkat meninggalkan memori-memori lepas untuk dijadikan pedoman. adakah jalan yang saya ambil hari esok ini benar. oh, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Nya dan dipertunjukkan jalan yang lurus.


selama aku hidup nih, setiap langkah yang aku amik semua nya teratur dan tidak sukar untuk aku wat keputusan , masuk tadika, pastu pi sekolah rendah, belajar macam besa jer, masuk boarding school, SEMESTA, pastu PMR dan SPM, semua buat realaks-realaks, tak perlu pecah kepala untuk study. hahhaha...patut la SPM ko hancur nanato. punah harapan mak nak nengok anak dia pi over the sea. sorry mak, memang silap saya tak mau belajar betul-betul SPM dulu.


lepas SPM, masuk matrikulasi Pahang, okesh..keputusan yang mash tidak sukar untuk aku ambil.pegi je janji masuk U pas nih kan. belajar alar kadar lagi, dan-dan tu aku tersungkur jatuh. result tak macam xgempak ko buat kan. hahahha..insaf-insaf. i've learned my lesson. second sem, strive betul-betul target mesti achieved, hahha, nasib baik lepas klu tak, naya aku. then, masuk U, UKM, time nih memang da insaf, tak nak main-main lagi, nak guna otak aku betul-betul, rugi babe klu tak guna...nak tunggu dia karat? tak bersambung la jawab nyer neuron-neuron aku untuk bagi tindakbalas.


la nih da GRAD. skaang nih yang buat aku kompius. perjalanan tidak teratur lagi macam dulu. aku kena fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri. adakah jalan yang aku ambil ini betul atau tidak, aku masih sangsi, i'm still juggling with it.


semoga diberi pertunjuk dan dipermudahkan urusan aku di dunia ini. semoga apa yang aku ambil ini akan diberkati ALLAH. amin.


::SALAM MAAL HIJRAH::





p/s : hahhaha...tak banyak pulak kan saya tulis hari ini. new year, new hope, new life journey. perlukan sokokngan sekarang ini. tapi kalau sokongan dari segi financial lagi la aku suka sepnuh raga.

 aips..perangai tak senonoh gadis tak ayu ini.isk..isk..isk..

Thursday, November 11, 2010

LEAVE APPLICATION FORM


Nanato Frahana
Chemical Engineering Pilot Plant
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor Darul Ta'zim 

Nor Farahiyah Binti Aman Nor
Research Officer,
Chemical Engineering Pilot Plant
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor Darul Ta'zim 

Madam,

APPLICATION FOR LEAVE DURING RAYA HAJI CELEBRATION

Refer to above.

II, Nanato Farhana, as a trainee of Chemical Engineering Pilot Plan (CEPP) under your supervision wish to apply for a leave during Raya Haji celebration.

2.      I wish to take a leave for 4 days on the dates of November 15th ,16th ,18th and 19th . The reason I take this leave is due to raya haji will be held on that week and is my pleasure to celebrate it with my family in Pahang.

3.      I will be glad if you could consider my application.

Thank you.



Your sincerely,

Nanato Farhana


 choii~~(baru blaja dis vocab malam semalam from nadia che aziz, sangat excited nak guna kan-nyer)....tak sabar i nak balik raya haji. giler lama tak balik. semangta wat leave form..(hahha..xde la semangat sangat pun, esok da jumaat, today baru nak wat, sabtu da nak balik melarikan diri ke Kuala Lipis)




reason nak balik nak amik cuti memang tak boleh bla la kan. macam la ko sorang je ada family yang nak beraya. hihihih...lempang laju-laju kang..baru trainee, cuti tak nak sampai seminggu plak kan saya amik. 




kalau tunggang-langgang ayat aku, korang sila abaikan, saya memang kurang dalam bab-bab mengayat dalam bahasa orang lain nih...oh, saya maksud kan bahasa inggeris. kalau ada guru-guru yang mahu bantu saya..saya sila-sila kan diri kamu.



p/s : waa..bab cuti laju je kamu, bab keje..mengulat je tiap-tiap hari. pantang nampak bus lalu kat depan CEPP terus ko lari tanpa pesan pulang ke kamar. waa..kamar tue..ayat nak indah saja. tak sabar nak gi swimming with dedek..erk..dedek chicken pox, boleh swimming jugak tak..nanti tak pasal-pasal tersebar virus cacar air tu dalam air kolam .naya semua..habis satu hotel kat mersing kena penangan dedek.

Monday, November 1, 2010

memilih atau perlu dipilih

:;rindu kat kamu semua:;
grad da lama tapi still takde pape lagi berlaku kat aku



adush..jemmm otak dua tiga hari nih memikirkan hari-hari yang bakal mendatang. sambil membuat kerja amal untuk IMREC dan CEPP ini tanpa elaun yang di beri, aku tengah selak mencari bos-bos yang sangat suka untuk memberi peluang pekerjaan kepada ku. peluang tu sudah pasti dapat mengembirakan hati mak dan abah ku, namun, satu bos pun tak mau amik aku kerja setakat ini..adeyh.....kalau dapat keje kat CEPP nih, 2-3 bulan, rumah dah free da, tak gitu encik afzan...hahahahah...jemm lagi otak afzan dan keluarga bila dengar aku nak tinggal dengan dia orang. adoiyai, doakanlah aku dapat kerja terus....






p/s : nana. zaman sekarang jangan memilih sangat...golonga mereka sudah kurang...YA ALLAH KAU TUNJUKKAN LAH AKU JALAN YANG BENAR.

Sunday, October 24, 2010

quote untuk si dia

sambil menelan air feveret aku, teh 'O' ais limau untuk membasahi tekak ku yang kering, aku terdengar satu statememnt mantap kuar dari mulut seseorang :




"time kita nak naik, memang kita akan hilang kawan, bila kita dah naik, dah ada pangkat nanti kawan yang akan cari kita"




pergh, giler padu statement nih. masih terngiang-ngiang lagi dalam otak kanan aku nih memikirkan ke-logik-kan statement tersebut. orang zaman sekarang macam-macam kan, belum pape lagi da kuar kan ayat tersebut. mungkin da terniat dihati kot untuk melakukan sebegitu rupa. isk-isk-isk.


p/s : AWAS!! renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Monday, October 18, 2010

saya sudah jatuh chenta

ohh...saya sudah jatuh chenta...jatuh chenta dengan lagu nih...sangat-sangat jatuh chenta...adush...tiap-tiap masa pun mesti mau dengar lagu nih juga. pantang leka. nanti balik umah nak practice lagu nih with gitar juga la. aiceh....cakap macam hebat, pegang guitar kapok si biru tua tu pun jari aku tak sampai nak wat kord dia. adush~~

::YUNAlis-BULAN DITUTUP AWAN::




p/ s : if there is someone plays this song for me by akustik kan cute kan.....sukanyer..

Sunday, October 17, 2010

BURIED dalam COFFIN???

::citer yang paling tak best pernah aku nengok::



saper rasa mau tengok citer nih...aku nasihatkan better kamu lupa kan je hasrat tue...simpan duit sepuluh hinggit kamu tue untuk beli benda-benda berfaedah yang lain.tengok trailer dia kemain best lagi, macam seram giler...tapi memang citer nih tak in sunnguh dengan citerasa aku dan 27 IMRECmate aku yang lain. pergh....senang-senag je dia kaut duit kami malam tue. memang blanja betul la kan....hahahha...citer nih dari awal until akhir memang duk dalam coffin la. pelakon sorang plus Blackberry sebijik, lihgter, ular sekor tapi 3 minit je scene dia dan tak mencabar langsung, lagi satu pen sebatang. 


hahha....most of clasmate aku da selak membebel pasal citer nih...siap k.dila tidur lagi dari stat sampai habis. empat lima orang gak la yang tidur dalam tue. hahhahha...nasib-nasib, malam tu memang tak memberi peluang untuk kami berhibur. nak main bowling, ada tournament plak...pergi nengok wayang tup-tup jadi plak macam tue. pape pun memang enjoy kuar dengan mereak semua malam tue.....



p/s : saper rasa dia berani nak nengok citer nih..p la try test nengok. 'x best giler....'

Monday, October 11, 2010

10.10.10


:: Iman Nur Qadisha::
kakak bab bergambar no. 1


text to long :
long a part of me. wish kakak happy birthday ye.


text from long :
kakak senyum je na, sambil makan kaki ayam. hahahaa...


::actor paling true kat umah kami::



:HAPPY BIRTHDAY KAKAK DISHA::



waaa...kakak da umur 4 tahun. next year she will going to school. mesti dia da jadi macam budak skola yang da tak boley gurau-guran dan main gigit atau main cubit-cubit kat punggoQ macam doktor tengah inject da. haishh...kamu da suka bergurau. every time nampak secret recipe mesti kamu ajak berhenti untuk beli kek birhtday untuk kamu, adik kuding, adik pael..kan-kan. kamu memang comel dan paling lawak la.nanti mina banja ek.


:



p/s : umi na sayang kamu. takpe-takpe mi na dan acu akan influenced kamu jadi macam kami. hahahha....

Sunday, October 10, 2010

YGRACT

salam..10.10.10?ada apa hari ini untuk aku, tarikh gam-gam memang cukup baik, kalau saper yang langsung kan hari yang indah today memang cara. tapi today sebenarnya ada niat nak pi gunung pulai, pi wat jungle treking. waa...syok nyer bunyi tue, tapi tak kesampian sebab masalah-masalah tertentu. tapi my kroni-kroni from INGENIOUS still pergi juga. waa..sedey tak dapat join.


tapi apa plak INGENIOUS tu kan....okesh...within this 3 weeks after raya aku ada join satu program YGRACT training program under UTM dan IRDA. this pogramme is awesome because its create graduates with emplyability skills  and provide us with the exposure required for employement. this programme consist of 1 month training programme and include with 2 months internship.the best things is every trainees will be provide allowance and accommodation every months.hehhehe....kira ok la tu from i duk menganggur je kat rumah ye tak? and INGENIOUS tu kira nama bagi my class la...

:: ini some of my classmate::
mana aku time nih?erkk..datang lambat rasa nyer.


::guys from my class::
mereka memang sporting


::gegurl class kami, semua best semua memang in dengan cite rasa aku::


p/s : this week ada la week last untuk training kami..pasnih nak gi internship pula.waa....sedey...X(
acong saya kidnap gambar kamu from fb...hehehehe...


Sunday, September 26, 2010

she pelats Ssss..

shumel je bila dengar she pelats nih nyanyi. dia pelat aSshh...cuba kamu shemua dengar lagu PUJAAN MALAYA by AZDRIN AZHAR...shumey betul kan. shweet je bila dengar part dia kata aSShs...shangat shumey dia kan, lagu dia pun shedap kan kamu shemua.



azdrin adzhar-pujaan melaya


kalu shaya try shakap macam dia kamu shemua rasha ok tak?


p/aSshh: shuba shedaya upaya shupaya dapat gunakan huruf aSshh dengan banyak shekali..kihkihkih.

Saturday, September 25, 2010

Header


nih header baru aku..amacam menarik tak? 
selepas penat afzan rizq membusykan diri sampaisanggup tak tidur. inilah hasilnyer. kewl~~

RAYA SUNGGUH MEREKA

masuk ari nih dah lebih kurang dua minggu kita raya kan....on the way mencari sesuap nasi tadi banyak plak open house diadakan..tapi memang tak in sangat dengan aku bila nengok orang wat open house tak ajak aku nih..haahhahha....



raya nih gambar pun kurang diambil memandangkan fotografer kami beraya di perantauan dahulu (rumah mertua)...tapi, bila semua da balik rumah, dan-dan kami arranged time nak amik gambar raya, blackout plak satu kampung. haishh.....da sesi ambil gambar dengan SeLuaR di batal kan.




dan nih je gambar yang sempat diambil on the way kami p jejalan raya:



dedek. kakak. kuding
anak sedara umi na.cute~~


:: main kejar-kejar ::
kami usha dari jauh


:: aksi peace yang tak berapa nak jadi ::






:: nanato . ika ivy . k.ngah. ::





:: nanato dan panas punggung ::
umi na & acu duk kat depan, biar kakak, dedek n kding main dalam semak.ok tak?





p/s : amik gambar dari afzan rizQ...sebab memang tgh malas nak edit gambar nih..hehehhe...SELAMAT HARI RAYA SEMUA....

Thursday, September 2, 2010

terbaru

waa...lama sangat tak update blog. dan akhir nyer:


SAYA SUDAH UPDATED BLOG SAYA



p/s : tgh soya untuk mencari kerja sekrang..isk...

Thursday, August 12, 2010

10.08.10

hari kelmarin adalah satu memori yang tidak akan aku lupakan. segalanya sudah selesai buat masa ini. selesai bagi menanggung tanggungjawab sebagi seorang pelajar.




:: golongan berjubah unggu ::


:: SELAMAT BERPUASA ::




p/s : malam ini update gambar time konvo plak ye....nak pergi pulang jubah dah..waa..:(

Sunday, August 8, 2010

K.A.R.M.A

malam ini, dengan semangat waja untuk pergi membeli makanan, kami dengan tangkas bergerak ke tapak pesta konvo tanpa segan silu selepas solat isyak. mana tau, malam ni ada artis macam semalam ke, sebab aku masih terkilan tak dapat nengok 6th sense semalam. bawak encik fabregas dengan laju nya menuju ke destinasi, sebab kalau bawak encik keta kebal, memang tak in bila part nak cari parking. da parking, kami pusing-pusing satu tapak then, kami pekena laksa penang 88 dengan petis. memang cara dan dalam perancangan nak pegi makan lagi esok harinya.



dah habis makan, kami berangkat pulang dengan cepat memandangkan artis pun tak de nampak malam ni. sampai-sampai kat encik fabregas, tetiba ada plak motor blok fabregas kami. terpaksa la menolak dengan bantuan ika ivy. ika ivy sudah mula rungsing sebab motor tu macam tak stabil dengan tongkat nyer. dua tiga kali gak la ia nak jatuh.



ika ivy : asal dengan motor nih..$%#*
(dia mula menggomel sendirian )

nanato : huish..lek la.



sejurus kemudian, kami try start fabregas kami, wat hal plak da. ia mula tak mau start. haish...time ramai-ramai orang la dia nak wat hal. tup-tup belakang kami ada mamat empunya moto tak stabil tadi. dia amati kami jauh-jauh.



mat moto : motor tak ble start ka?
cuba try double stand.
(dengan baik nyer)



aku dan ika da mula risau, takut dia dengar apa yang ika ivy omelkan tadi.



nanato : a'a...tak boleh start.
tak tendang langsung.
guna starter memang tak boleh.



dengan kuat mamat moto tue try start skuter kami. tak boley nih, mungkin bateri kot. pastu, kami decide nak tolak fabregas ke kolej yang terdekat dan tinggalkan je skuter tu kat situ. mamat moto punya la baik, dia offer untuk tunda skuter kami. aku dengan malu terima dengan hati terbuka.



pergh..karma memang karma. sebab kutuk motor mamat tue la, at last dia yang tolong kami. then kami berjalan kaki pulang ke kolej, amik keta encik kebal dan decided untuk tengok semula apa problem dengan encik skuter. dan-dan kami datang situ, dua tiga kali kami try start boleh plak berjaya dengan jaya nya.




aduiyai...memang Allah nak duga kami malam nih. tak baik kutuk orang, last-last dia gak yang tolong kita. KARMA-KARMA-KARMA.




p/s : terima kasih kepada kamu sebab susah-susah tolong kami, walaupun saya memang tak reti nak main tunda-tunda motor nih. hahahhah...padan muka ika ivy, suka marah-marah lagi.

penutup pesta ada YUNAlis zaria....YIPEE!!!

Saturday, August 7, 2010

Eh! berapa umur?


bila bilang-bilang umur aku, da nak masuk 22 tahun aku hidup di muka bumi ni. wow! lama tu. ini boleh dikira sebagai satu umur yang sudah lanjut dan aku harus mengejar cita-cita aku dengan cepat kerana masa tak kan tunggu aku. isk...tapi kalau korang sekali pandang muka aku dan golongan-gongan yang sama umur dengan aku muka macam budak sekolah baru pas habis amik SPM.



tapi yang paling true, aku suka tanya umur aku kat ayah aku.



nanato : abah, umur saya berapa ek?


abah : 19. (dengan yakin tanpa berfikir panjang)



memang sayang lah akat ayah aku. jujur gile. buat jawapan berdasarkan pemerhatian. suka-suka-suka.


nanato : abah, umur saya da nak masuk 22 la.

abah : yeke?
kenapa awak takde pakwe lagi?

nanato : sentap sambil buat muka HAPPY.




p/s : abah bagi duit untuk baju konvo. SWEET!

Thursday, August 5, 2010

gigi bongsu ek?

nak eja NGANGA pun aku berfikir dua tiga kali, sebab subjek Bahasa Melayu memang sudah lama aku tinggalkan. hanya pertuturan yang di aplikasikan. Hari ini aku nak cakap pasal NGANGA, sebab tetiba mulut aku menjadi sukar untuk di NGANGA dengan luas sejak pagi semalam.


'katanya gigi SULUNG nak tumbuh'


aku bicara dengan yakin, nah sedebik gelak aku kena ngan dua orang kakak aku yang memang aku sayang giler sambil lepak-lepak kat BBB tomyam malam semalam.


' gigi SULUNG?'

'kahkahkahkah'

'gila bahasa'
kaklong membalas

'gigi BONGSU la'

aku tersipu malu. perangai macam abah aku. main sebut je apa yang terlintas sambil malas nak pikir panjang.



p/s : perut mula lapar. hari ini, makan BK, satu langkah yang silap untuk aku ambil memandangkan aku tak boleh nak nganga luas-luas untuk ngap burger tue...cess......

Friday, July 9, 2010

fikir

:: makan ikan bakar di simpang putrajay dengan dedek ::





haishh....hari ini aku masih di dalam dilema apabila hendak memikirkan apa yang hendak di masak sebelum mak dan abah aku balik dari kerja. aku toleh pada jam di dinding, lihat jarum jam hampir pukul 5.... masak aku kena leteran ibu bapa macam gini...kehkehkeh....










p/s : masak nasi goreng telur je ok tak? sebab menu yang paling aku terror masak memangtak kena dengan tekak mak dan ayah aku. gulai tempoyak...

Wednesday, June 30, 2010

sahabat sejati

sila layan lagu ini jap :



sheila on7- sahabat sejatiku




p/s : teringat kat sahabat-sahabat yang lain....XD
terima kasih sebab awak baca saya dari jauh-jauh...waa...esok nak gi keje~~~

Tuesday, June 22, 2010

monolog diri

hari in bermula lagi satu epilog kisah aku sebagai cikgu-cekgi. ye, sekarang aku tertumpu menjadi salah seorang golongan pendidik yang berjaya bagi mengisi masa lapang aku. aku sekarang menjadi cikgu ganti di sebuah sekolah yang indah lagi daif dan naif. pergh....dalam bunyi nyer tue. sebenarnya da 3 minggu aku bergelar sebagai guru, tapi bila tolak cuti 2 minggu ritu, kira baru 5 hari la kan..kehkehkeh...sepanjang 5 hari macam-macam da aku dapat.




HARI PERTAMA : masuk kelas dengan blur sekali untuk ajar subjek math, dengan lantang dan cergas aku amik marker dan tulis 17 soalan sebagai permulaan pengenalan.



murid : cikgu, banyak nyer soalan, saya da pening nengok soalan banyak..

ibu bapa : cikgu baru tu bagi anak orang tue soalan banyak.




pergh...sentap aku. sampai satu kampung di jajanya cerita.
HARI BERIKUT NYER : sedang aku sibuk parking kenderaan aku, dari jauh dengan nyaring seorang student aku jerit :


"CCA"


pergh....lagi la mantap budak nih. aku kerling jauh-jauh dengan ketat sambil try tahan gelak aku dalam hati, tengah aku tunggu bilik guru dibuka, bag yang aku bawa di sentap hebat sambil kedengaran satu suara halus dari belakang :


"curi bag dia "



p/s : budak-budak kat sinih memang tak makan saman.lawak-lawak.tak lama lagi nak sukan, hangus aku!

Wednesday, June 16, 2010

saya & si dia

sempena cuti sekolah 2 minggu nih, aku telah pergi satu kerja amal di JB iaitu memberi makan ikan dan rusa di waktu petang. kerja nih memang jadi feveret dedek nak-nak bila ada sebuku roti gardenia yang sudah habis tarikh luput menjadi eksperimen untuk fungi tumbuh di dapur. sedang hebat fungi melepaskan sporanya, dan-dan time tu la si daddy mengambil bungkusan roti tersebut untuk di beri makan kepada ikan-ikan di tasik UTM yang selak kelaparan. tak cukup ikan, kami rembat plak rumput-rumput tepi pagar rusa untuk dijadikan habuan kepada rusa tu pulak. kehkehkeh......



:: saya dan si dia ::





:: kerja amal sedang berlangsung ::


:: cari port mesti baik punyer ::




:: dedek yang memang anti aku sekrang nih ::




:: roti di tangan yang sudah kehabisan , dedek tarik nafas lega ::





::menuju ke jalan yang terang ::
daddy & rizmi





:: rusa nih pandang ketat ::




:: aku kasi rumput semulut untuk rusa yang ketat nih ::



p/s : malas nyer nak masuk skola...

Tuesday, June 15, 2010

:-?





:: derr...malas nak fikir ::






p/s : knp orang selalu post perasaan haru-biru kat buku bermuka-muka ek? sebab nak tunjuk mereka nih pun ada air muka yang seperti talam dua muka ek? hehehehe......

flying kick


rasa tercabar tak?




nah, amik tendangan terbang aku. kalau kena batang hidung berdarah.
nak-nak batang hidung kau yang macam hantu perangai. kehkehkeh.





p/s : sedang kurang senang dan mood di tahap ngokngek. hehehe...

Sunday, June 13, 2010

sarang tebuan


tikah leh kata blog aku da bersarang tebuan. sarang tebuan macam ini ke tikah?




kihkihkih...nanti bila aku selalu update blog aku, aku gigit ko sampai jadi macam nih :

...cekci woo...
:: scary ::



p/s : idea da kurang. lebih fokus kepada mengajar sekarang. aku lebih tertumpu untuk jadi cikgu cekgi. kikiki. internet memang lembab untuk saya selalu mengupdate blog dirumah.

Friday, May 14, 2010

episod terakhir




golongan berjubah unggu yang sentiasa komited



kalau semalam episod terakhir ADAMAYA...hari ini episod terakhir kisah aku selama tiga tahun di UKM. pergh.....sadis bunyi nyer tue. tapi jap, macam mana ending adamaya semalam ek? tak sempat nak nengok lo. kalau rajin tulis kat komen aku. hehehehe...




ok, back to the point. memang sedih bila nak tinggalkan kenangan yang aku bina bersama-sama golongan berjubah unggu selama tiga tahun aku kat sinih. dengan isu kena ragut masa 1st year, hilang laptop 2nd year. isk, bala-bala. time 3rd year semuanya indah-indah belaka melainkan membuat thesis yang boleh bikin hati aku hancur bila fikir balik. ok, abaikan, let bygone be bygone. nasib baik tak de isu mandi bunga. hahahaha..hantu punya ika ivy suro aku mandi bunga sebab macam-macam da jadi kat aku.



semalam time aku cerita pasal korang semua kat ika ivy, baru aku perasan ini mungkin boleh terjadi hari terahkir kita semua boleh berjumpa melainkan time konvo nanti dengan jubah unggu korang tak berapa nak busy. peringatan aku bagi kat korang, SILA DATANG SEMINGGU AWAL ek. supaya kita boleh hang out lagi. dan terima kasih aku ucapkan kat golongan berjubah unggu sebab sudi jadi kawan aku yang baik, baik sungguh, baik giler dan segala baik-baik lagi.



selamat tinggal buat masa ini




tikah leh - sila tambah penduduk malaysia ini dengan cepat.
kaka-kim salam sama anak buah baru. apa nama ek?
ezd- bukak bisnes menjahit tak?
faraE- majulah bisness tudung kamu dengan jayanyer.
gaga- jangan time konvo datang bawak van ye gaga. tak sanggup aku nak nengok. hehehe.
mizan- da sampai rumah da ek?
idah - update citer baru jangan lupa bagi tau aku ek.
golongan berjubah unggu yang lain, terima kasih jadi kawan terbaik saya.




hehehe...korang semua mesti tengah bersuka -ria kat rumah kan. dan aku masih kat UKM, siap datang fak wat kali terakhir lagi. hehehe, thesis tak hantar lagi babe, tengah tunggu dr. Kesayangan nih.




p/s : minggu depan da start tanggung jawab kepada diri sendiri. isk, tak sempat nak tidur lama-lama.

Monday, May 10, 2010

BAGUS






Zee Avi - Bitter Heart





:: BAGUS BAGUS BAGUS ::




bagus sangat untuk kau

kau yang memang agak kau bagus
kau yang macam bagus
bagus kau buat begitu
kau buat aku lagi jadi semakin bagus untuk berfikir
kau buat kami satu family jadi semakin bagus dalam perhubungan
kau yang memang bagus putar belit perasaan orang lain
kau bagus dalam mencipta perasaan dengan mana-mana orang yang kau suka
kau juga bagus dalam meninggalkan seseorang yang kau sudah tidak suka
kau bagus dalam melukakan hati sesorang dan mencairkan hati seseorang dengan ayat ko yang yang ala-ala bagus bittersweet tue
kan bagus kalau kau yang kena macam tu balik kan
bagus sangat kalau dia tak kenal kau selama ini
kau bagus dalam bab-bab macam nih kan
kau memang amat bagus
bagus sangat-sangat
bagus sebab buat aku rasa macam nih




:: xBAGUS, xBAGUS, xBAGUS ::





p/s : tepat jangkaan kawan-kawan aku, memang ada yang lain yang wat kau jadi bagus sangat macam tu kan..

Sunday, May 9, 2010

HARI IBU

ini mak saya




hari ini hari istimewa
istimewa untuk si dia
si dia yang sentiasa ada disisi
tidak kira susah atau senang
si dia tidak pernah mengeluh
si dia tidak pernah merengus
si dia yang sememangnya hebat
hebat di pandangan setiap insan



::SELAMAT HARI IBU::



erk, aku tak kol mak aku lagi, mesti da jadi orang yang lambat. aku da la terkunci bilik nih.isk...kaka mana ko pergi. aku mau masuk bilik. hadiah tak belipun untukmak, aku hanya mapu bagi sekadar kasih sayang ku yang melimpah je. tak sempat nak keluar la mak. saya sayang kamu mak. sayang sangat. rasa nak cium-cium peluk-peluk kamu sepanjang masa. baru sekrang aku perasaan yang muka mak sama dengan muka aku. aku paling kuat dapat genetik mak aku. love you la mak. kalau dapat kulit yang putih dan mulus macam mak aku lagi aku suka.




p/s : selamat hari ibu juga pada long dan k.ngah..tambah anak ek...
golongan berjubah unggu, korang tak teringin nak jadi IBU ke??
tak sabar nak nengok produk korang...naik van ke nanti???