Friday, September 9, 2011

polis cari sampai kat rumah.

tengah sedap ayah aku terbaring atas tilam dekat rumah lama aku, tetiba terdengar satu deruman moto melulu ke pintu pagar rumah. Abah cuba mengintai, yang di lihat seorang polis yang beruniform lengkap datang.

polis : Assalammaualaikum...boleh saya masuk?

abah : Waalaikummusalam...silah lah masuk.

polis : encik kenal dengan nurul farhana?

abah : dia anak saya. kenapa encik?

polis : encik ada nombor telefon dia?

abah : ada...jap saya try call dia.
(dalam hati abah dak terkeruan berdebar nyer, soalan yang terlintas, kenapa dengan nana? apa yang dia buat? apa yang dah jadi)

abah : Na...awak kat mn?

nanato : dekat bandar lagi abah..nape?

abah : ada pakcik polis datang nih, awak cakap ngan dia.

polis : awak farhana ek. awak ada tertinggal barang tak?barang apa?

nanato : ada, wallet saya tercicir.

polis : ni ada sorang askar jupe wallet awak tercicir, dia tinggalkan pada saya. ok, awak datang kat bit polis dekat ngan bus station depan kedai tukang kasut.

nanato : baik encik.





p/s : phew...nasib baik ada abang askar jupe wallet aku, pastu dengan jujur nyer bagi polis, kalau tak naya aku kene leter ngan mak aku.  Nasib baik mak takde kat rumah lipis, kalau tak masak aku.Kalau dah serabut tue, memang apa pun tercicir. Habis jugak lah satu bandar Lipis tu aku tawaf.

Tuesday, August 23, 2011

singkat

Ramadhan sudah semangkin singkat, syawal bakal menjelma. Masih banyak yang belum aku buat diwaktu ramdahn ini. Banyak yang masih tertangguh. Entah mungkin ada ramadhan yang akan datang untuk aku. Lagu-lagu raya mula sibuk diputarkan di radio. Hmm...sekarang masa untuk mengejar malam lailatul qadar.


p/s : selamat beribadah semua.

Thursday, August 18, 2011

POS Malaysia

Dah jadi kebiasaan, asal surat sampai rumah je, tak sempat aku dengan adik beradik aku bukak, mak ngan ayah aku da sambar dulu. Buat tapisan katanya.

Sampai-sampai je kat rumah kechau, surat yang dah dibuka diberi kepada tuan empunya diri. Kadang-kadang, bila surat yang tak penting, dia orang tak bagi kita baca. Haish..rosak-rosak.Memang susah bila orang ada dua peti surat nih. Patut lah kad raya aku selalu pending je.



Mak ku : Surat apa tu abang?

Abahku : Kad kahwin kawan nanato. Kawan dia semua dah kawin, dia tak kahwin-kahwin lagi.

Nanato : Relaks lah abah, bukannya tua sangat pun.
(balas aku dengan laju nya )



p/s : Selamat Membina Masjid mizan. Macam tak dapat datang je kahwin kamu... isk..sedey lah.

Sunday, August 14, 2011

Cerita Puasa Gua

Jam baru pukul 2.30, alang-alang sudah gua lalu dekat kawasan bazar, gua singgah pergi beli karipap telur 4 keping. Baru je aku melangkah keluar dari kereta menuju ke kedai yang dituju, abang kedai sound kemas;



AbangKaripap : Dik beli-beli karipap dik, awal lagi nih nak berbuka puasa.

Nanato : Kak, karipap nih macam mana kira? Bagi saya 4 keping.

Sambil buat muka toyol gua, pastu tunjuk bibir kering gua dan bingkas tengok jam di tangan. 
Gua toleh kiri kanan, yang ada, cuam akak hindu je yang beli.




Sengal punya brother, kantoi kan aku kaw-kaw je. Mana dia tau aku time tu wajib cuti hari berpuasa dengan syarat. Aku beli karipap untuk anak sedara aku la. Ponggek !! kehkehkeh....


p/s :  Selamat berpuasa everybody. Puasa itu wajib tau.

Thursday, May 26, 2011

LANUN

Hahahha...semalam buat kerja tak senonoh. Amik cuti sehari then gi kl dan pergi nengok buah hati aku, En. Johny Depp. Serius terhibur habis aku. Dia memang terbaik lah. Pirates sangat best. But I wonder apa terjadi dengan Philips and Syerena akhirnya?


Korang tau tak?


Tuesday, May 24, 2011

main dengan toyol

Bila diri ini terlalu naif, satu term membawa toyol ketika exam pun aku tak dapat nak tangkap. Perghh...sejak jadi pendidik lagi sekali nih, aku sudah kurang untuk berseloroh panjang. Jadik cikgu kena la serius sikit kan. 


Ok, berbalik kepada isu toyol, kalau time sekolah-sekolah dulu, yang paling hot aku dan kawan-kawan aku buat ialah pergi toilet beramai-ramai dan buat perbincangan formal dalam toilet. Tapi aku jarang buat macam nih, sebab masa nak pergi toilet pun dah lama. Jauh tu toilet dengan class. Tapi kalau exam bahasa Jerman tu aku memang suka buat. Kadang-kadang ada gak dia orang letak notes dalam toilet, tapi kami jarang guna modus operandi macam nih, sebab jahat sangat tu sampai nak tiru buku dengan notes, bawak masuk ilmu dalam toilet pun dah kira tak baik, aisshhh.....(buat-buat baik)



Sekarang, budak-budak nih lagi advanced modus operandi dia orang, bawak phone time exam, pastu massage pakwe yang duk kat luar, suruh pakwe tengok kan jawapan dari buku if ada soalan yang diaorang tak tau. Demm...mentang-mentanglah ada pakwe. Maju memang maju. 



p/s : bosan giler jadi cikgu jaga exam budak-budak. SERIUS !!

Thursday, May 19, 2011

Jangan cari pasal

Cess.... kenapa tetiba je aku terdengar babak-babak cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah kat dalam bilik guru nih? Korang jangan buat pasal, kang terpaksa aku tengok cerita ni untuk  ke berapa kali kang. Aku dah lah tak sabar nak bilik rumah nih...mengantuk sungguh nih.




:: tanda-tanda orang kebosanan di bilik guru ::



p/s : macam-macam perangai lah kat sini. Hahahahhah.....okesh2...jap lagi ada meeting dengan PPD.

Wednesday, May 4, 2011

new header


Thursday, April 21, 2011

SEMESTA dan SIREN

Bercerita pasal SEMESTA, sekolah asrama aku dari from 1 samapi form 5, bende yang paling aku fade-up sekali ialah bunyi siren atau loceng sepanjang masa.


Loceng 1st - bunyi pukul 5.30, ajak pergi semayang subuh, padahal pukul 4.30 pagi aspuri da ibarat membuat pesta mandi-manda sambil berebut tempat untuk iron baju. Bunyi air jatuh dalam baldi bila kena tadah memang buat aku lagi hangin pagi-pagi. Pukul 5.30 dia orang da start nak bukak lampu dorm, bila aku senior, aku bangun kol 6.10, sape berani bukak lampu, lu try lah, sebab wa tak kisah lah satakat lampu neon duk bawah mata wa..Jiwa wa kental, yang jadi tak kental bila tengah tidur, rotan duk hinggap atas badan, sebab kena rotan dengan warden bila tak bangkit lagi pergi solat kat surau.

Loceng 2nd - Bila nak pergi prep petang pukul 2.45 da bunyi. Okey, preparation class. Apa  yang aku prepare pun tak tahu. Bila mood nak tidur tue lebih, aku dengan geng-geng seangkatan akan tidur kat dorm, tak pergi prep petang. Tapi bukan tidur atas katil ye puan-puan, tidur dalam locker untuk sentengah jam yang pertama. Pukul 3.30 baru kuar locker tidur atas katil. Kalau bernasib baik anda boleh tidur sampai pukul 4.30. Kalau tidak bernasib baik, anda akan belari pusing padang atau duduk tayang muka depan dema untuk tatapan umum, sambil kaki anda kena libas.








hahahha...nengok..warna blok asrama kami ikut warna rumah sukan, biru for kejora dan merah for zuhal.
HIDUP ZUHAL.


Loceng 3rd- Loceng riadah. Sape lah wat peraturan aspuri wajib kosong bila petang pun aku tak tahu. Berpusu-pusu budak kuar gi riadah pukul 5 ptg sampai kol 6.15. Yang riadah adalah dua tiga kerat, yang lain duk men kemuncup tepi padang, yang paling rajin, pergi jolok buah kelapa, hentak kat tar, pastu minum air dia.

Loceng 4th- Pukul 6.45 petang tak silap aku. Loceng suruh kumpul kat surau dan pergi solat maghrib. Yang cuti pun, time-time tue gak kena naik kosongkan asrama. Banggang. Memang tak sempat tidur petang langsung. Kalau bernasib malang kene kunci dari luar, terpaksa panjat pagar dengan baju-baju kurung sebab nak lepaskan diri dari warden jahat.

Loceng 5th - Pukul 8. Tanda waktu pergi prep malam. Muka searabai mabai pakai baju kurung, tudung hitam putih sahaja yang dibenarkan dan berjahit tengah, pergi mendaki bukit naik pi class. Pastu memekak kat class. Kalau ada cikgu je satu sekolah jadi senyap. Biasa bila malam, time paling indah bila agihan request. But kompem aku tak tak dapat banyak, because ak bukan lah orang yang feymes


Loceng 6th- yang paling akhir before kami tutup mata, pukul 11. Tanda waktu light-off. If sesape yang wat-wat pana tak tutup lampu lagi, prefect yang bajet perfect akan jerit dari bawah, F104 !!!







p/s : Siren memekak, memekik kat telinga. Tapi sangat best bila ada pengalaman macam nih kan. Peraturan yang jahanam buat aku suka nak tangguh masa sekarang. Kalau takde siren kan bagus, aku tahulah nak urus masa aku sendiri. Kuikuikui.

Wednesday, March 30, 2011

Change Your Facebook Account Settings for Better Privacy and Security NOW !!

Ok this is SUPER IMPORTANT!

Thanks to this Arif,even i never know him before, that I just read his status on this Facebook Security a few minutes after I just had a demm prank spam from Indonesia last night. A big thanks from me Arif, you really helping me realizing about this security things and helping others to know about this. Cute and handsome betul la you. Tak percaya? Are you kidding me? Ce nengok, ce nengok betul ke tak apa yang aku kata. 


Ok get back on the track, enough arguing about the handsome guy yang baik hati. Basically this setting is called Facebook HTTPS and it enables a more secured way to browse Facebook when you are on an unprotected wireless network. Then, as usual, I asked encik Google to help me about this https and here’s a line from the article that really caught my attention :



“One blogger sitting in a random New York Starbucks was able to steal 20-40 Facebook identities in half an hour.”




So, what? Isn't that creepy. Aigoo, it makes me want to remove my account FB immediately and coincidently I just watched Criminal Minds on serial killer that he kill his victim based on FB account and twitter. Oh demm. I got both of it. Thus, don't think internet just a silent server for you, once your information in, it will never be remove. Okay, whenever I deleting my account, my information is still there, hohoho...So, cheer up guys, I am not deleting my FB account. hehhehe... Drrr...and obviously I use to be very fun  updating my status every day and wanted to put all my info in my FB wall. I just getting addicted with it and now, I harus jaga-jaga. Oh, macam la a lot of stalker want to stalk my FB and twitter kan. Tapi, if just nak update ngarut-ngarut status tu ok lah kan? hahahhaha...See, still wanted to update fb status lagi.


So my advice now,  please change your account setting for better security and privacy. This is a MUST Ok. And here are the simple steps that you need to follow ::






go to  Account > Account Settings > Account Security. Click on Change and  enable on the checkbox for Secure Browsing (https).




Account Security on Facebook is Super Important!







p/s : Hehehehe..... simple je kan. Why la I am so noob last night, boleh plak klik spam link dan berbagai. Cess dan cess lagi.


Saturday, March 12, 2011

CITA-CITA

Sejak aku mengenali apa itu doktor dan apa maksudnya cita-cita. Bila diajukan soalan apa cita-cita kamu bila besar dari kecik aku akan jawab:

" Aku nak jadi DOKTOR "
(dengan yakin dan telus tanpa ragu-ragu )

Darilah aku umur 4 tahun sampai darjah 1. Lama tu kan. Sehinggalah aku darjah 2, bila tengah sibuk mengisi buku rekod di akhir tahun, aku dan geng-geng aku mula buat kepala pana, kami ubah cita-cita kami, ada tiga cita-cita yang ingin aku jadi time tue, sebab pening tak tahu nak isi apa aku dan geng mula buat-buat binggung isi pilihan seterusnya untuk jadi artis. Yelah, biasanya mak ayah aku yang isi, bila darjah 2, kena isi sendiri plak kan. Bila cikgu panggil sorang-sorang ke depan, sorang demi sorang kena cakap cita-cita masing-masing depan cikgu . Cikgu panggil nama aku,

Cikgu Hayati : Farhana.

nanato : Melangkah dengan excited gaya artis naik pentas.

Cikgu Hayati : Apa cita-cita kamu Farhana?

Nanato : Saya nak jadi :
      1. Doktor
      2. Penyanyi
      3. Pelakon

Cikgu Hayati : Bagus. Kamu tak payah belajar teruslah Farhana. Membazir je mak ayah kamu hantar kamu belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi artis je !!

Aku terus sentap. Dan sejak dari itu aku da tak nak jadi artis dah. Nak jadi doktor je. Yang aku peilik 3 kawan aku tu tak pulak cikgu marah. Mesti cikgu yati benggang dengan aku sangat sebab aku budak baju biru yang diharap tapi cita-cita macam hampeh. Nasib baik tak ada rotan hinggap dipunggung ku.

Naik darjah 4, aku tukar lagi cita-cita aku, nak jadi Sainstis plak. Pergh time tu, kalau dengar cakap nak jadi sainstis memang kagum. Yela zaman tak Y2K lagi masa tu, hahahhahha......Dan sekarang, aku jadi sainstis, seperti apa yang aku impikan masa kecik-kecik dulu. Nak jadi doktor tak lepas, sebab cita-cita tue ada tapi kurang ilmu sikit.Bangga tak, bangga tak, cita-cita aku masa kecik tercapai. Bangga ke banggang? kahkahkah.....

Kalau aku teruskan cita-cita aku untuk jadi artis kan bagus, jadi penyanyi, boleh jadi macam Siti Nurhaliza. Uisshh...jiran dan produk sekolah aku tu babe, sekarang da kaya-raya mak aih...Aku dan Dato Siti..Ok tak?


           



p/s : Nak jadi doktor, nak jadi doktor. Nak jadi sainstis, sudah jadi saintis. Doktor Falsafah ok jugak kan. hehehhehe. Doakan saya ye.


Budak baju biru...faham-faham jelah. lama tu jadi prefect dari darjah 2 sampai darjah 6, tapi sebab konflik dengan cikgu pengawas, aku tak dilantik jadi prefect board pun. Last-last buat kepala pana lagi, poteng assembly. Yeeaha...i like.

Friday, March 4, 2011

DASAR BERKECUALI


nanato : awak...jue nak kahwin minggu ini, awak pergi tak?

muslimah : yeke, saya tak tahu pun. Bila?

nanato : Minggu ini, hari  sabtu.

muslimah : saya tak perasan dan tak tau pun awak. Kenapa awak yang tak kahwin dulu? Kalau tak mesti jadi orang yang first kat sekolah.

nanato : Hahahaha..soalan awak bisa buat aorta saya tertutup dan darah tak boleh di hantar ke otak. Mungkin bukan sekarang.

muslimah : Kalau awak kahwin, kompem saya datang. Boleh saya jumpe jodoh saya kat sana.

nanato : Kompem ok. Asyik....... Tapi kenapa bukan awak? Awak bila lagi? Tempat saya banyak ustaz muda tau.

muslimah : saya tak mahu ustaz.

nanato : Habis? Nak lecturer?

muslimah : Pun tak nak.

nanato : Engineer?

muslimah : Tak mahu jugak. Saya sekarang amalkan dasar berkecuali, tidak mahu memilih atau dipilih. Kalau boleh, saya tak  mahu kahwin.

nanato : Waa.....tegar sungguh. Ini lagi boleh buat otak saya berhenti berfungsi terus. Kenapa awak?

muslimah : _______( diam membisu)


Thursday, February 24, 2011

JIKA TIDAK SUDI



Sambil usha gadis-gadis comel kat youtube, tetiba saya terlihat si gadis comel ini. Cess..lagu menusuk kalbu aku. Menangis dalam hati kalau dengar dan nyanyi lagu ini. Memang melayan jiwa perasaan hati aku ini betul sebab lagu ni memang tengah IN  hati ini.

Cuba anda tengok lirik dia, pernah jadi tak kat kamu orang? 
Pernah tak? Pernah tak?


Kalau nak jadi comel macam Heliza, cepat nyanyi lagu ini macam dia..hehhehe...

Lirik Lagu Cuma Aku (Heliza Helmi)

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang


p/s :Aku suka kamu tapi kamu tak suka aku. Demm....ku tunggu kau jadi janda ok tak? hahahha...gila kuasa !!

Wednesday, February 23, 2011

TADIKA

Di sebuah tadika yang terletak nun jauh diutara, seawal pagi, kelihatan sibuk si ibu bapa menghantar anak masuk ke dalam kelas sambil menjinjing bag sekolah pelbagai warna. Di suatu sudut, riuh anak-anak mula memekik berlari-lari. Setibanya loceng berbunyi, guru mula memulakan tanggungjawab yang diberi----> Mengambil Kedatangan untuk yang ke-4 kali sejak sesi sekolah yang baru bermula.

Seorang, demi seorang nama murid di panggil,

Guru :  Ali

Ali : Yes Teacher !! dengan semangat.

Batrisya : Yes Teacher.

Dan Seterusnya, semua di jawab menandakan bahawa mereka hadir pada hari itu, sehingga tiba pada nama :

Guru : Iman Nur Qadisha

Qadisha : ___________
(Tiada Jawapan, hanya bunyi ungas yang datang menyahut)

Guru tersebut mula menandakan pangkah pada buku kedatangan, kemudian sambung memanggil nama anak-anak yang lain.


Apabila habis nama anak-anak dipanggil, guru mengemukakan soalan,

Guru : Okay, nama siapa yang Teacher tak panggil tadi?

Seorang anak polos mengangkat tangan dengan yakin.

Guru : Apa nama kamu?

Anak : Nur Iman Nur Qadisha.


hahhahah....Qadisha memang sengal. Nama dia mana ada Nur kat depan, nama dia Iman Nur Qadisha je. Memandai je dia ingat nama dia ada Nur kat depan. Berapa banyak Nur yang dia nak? hahhahah...Nih semua terpengaruh bila main doktor-doktor dengan umie-umie dan ayah-ayah dia. Semua pun dia letak Nur bila panggil nama patient dia;

"Nur Umie Na"


p/s : Budak baru masuk sekolah..hahhaha..Macam-macam.Teringat time aku handle tadika time aku jadi cikgu hari itu...Haru !!

Tuesday, February 22, 2011

BIG SALE !!!

Guys, check this out. BIG SALE from air asia. Waa...sungguh berkobar-kobar untuk bercuti sekarang. Tiket murah, tiket murah. Tempah je awal-awal, dapat pergi ke tak belakang kira. hahhahahhaha......









p/s : golongan berjubah unggu. Apa lagi, Sabah yok. kamik geram nak makan seafood disana. FaraE jadik tourist guide..Aci tak?..hehehhehhe...tak sabah, Bandung pun lagi cara kan...

Tuesday, February 8, 2011

falsafah abah


Di suatu petang yang hening, sedang rancak kami satu famili berdiskusi kencang, tetiba abah mengeluarkan suatu falsafah yang indah :



" doktor falsafah, anak bersepah "



 hahahha...tergelak besar kami seketika.lagi satu ayat sentap buat aku hari ini daripada abah :



"heee...menyampah betul abah nengok nana nih..."
"macam budak kecik je la...tak gaya umur 23 langsung."




seraya itu didalam hati berkata, saya awek muda abah...erk..awet muda or awek muda?




p/s : saya ada macam-macam nak buat sekarang.em...em..em...

Monday, January 31, 2011

Mari Kenali Diriku

waa....banyak nyer kena tag. dan tag ini dari si tikah leh yang takde perasaan bagi. hehehhehe..

tag bagi biodata. Apa itu biodata? tipulah kalau tak tahu, sebab time sekolah kita mesti sibuk-sibuk nak ada buku biodata dan suruh satu sekolah tulis dalam buku tu kan.Then, akhirnya, buku itu HILANG ARAH. Tapi fenomena ini berlaku pada aku la. Sebab aku bukan lah orang yang cermat membawa berkat.

okesh yang pertama, letak gambar.



Apakah status anda??
-Masih gadis, seperti gadis assalammualaikum yang bujang tarakucha.-

Ceritakan diri anda?
- kelam-kelibut ibarat taufan -
-sangat mudah pergi-
(easy-going-girl)

Ceritakan tentang blog anda??
-Buat blog seperti blog hati ingin berbicara yang tidak tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat-

Apa pendapat anda mengenai blog?
-Tulisan sakti dengan berbagai versi dan tidak semua orang suka blog kita-

Nasihat pada kawan-kawan yang baru nak buat blog?
- Update selalu dan rajin-rajinlah berjalan di blog orang untuk informasi yang lebih-
-jangan jadi macam saya, saya malas-

Nyatakan keunikkan blog anda?
- blog yang tidak bercakap dan tidak perlu mendengar-
-hanya teknik membaca yang betul diperlukan-

Sampai bila nak tulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
-sampai husband saya cakap "STOP BERBLOG, PERGI KEMAS ANAK-ANAK"-


Tag 5 orang yang anda kenal.





p/s : esok semestinya menjadi hari yang bsuy setelah satu hari ahad nih aku stress.

Saturday, January 29, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Waa....saya di tag oleh encik emir. Demi emir saya wat contest nih. Lagipun memang tak pernah join contest before this. Berpenat lelah tikah leh tag aku selama ini, tapi aku tak pernah join pun, sorry tikah, saya lupa. Yang ini saya tak lupa, jikalau ada rezeki apa salah nyakan.


contest pic hitam putih paling cool. old skool tapi sangat kewl. sedang cuba bayangkan hidup di zaman hitam putih dizaman dulu-dulu. Berpinar mata saya kalau tiada warna, sebab warna itu indah kan.


Nakjoin? sila lakukan seperti syarat-syarat di bawah.


1. jadi follower cik gadis bermata cokelat yang ayu.
::SUDAH ::

2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
::Pun SUDAH ::

3.buat entry pasal ni
:: saya sudah tulis nih..LIHAT ::

4. hadiah apa yang saya nak?
-berfikir dengan mendalam-
-think deep-deep-
:


:
Gambar pilihan kalbu ;

::okay ini gambar tak hitam putih tapi ada kuning sikit ::

Gambar pilihan kalbu yang paling utama ;

 :: ini gambar hitam putih yang paling indah dan kemas ::
*click to enlarge*

:
:
:
-so sweat, dan ini jawapannya -


:: JIKALAU SAYA MENANG , SAYA NAK DUIT ITU JADI SAYA PUNYA ::



beliau dan beliau yang saya mahu :



Tarikh tutup penyertaan :: 1 Mac 2011

Thursday, January 27, 2011

I love you


ha...sudah nengok ke belum. ? I love you. hahhahah...


Walaupun Raja Lawak musim ke 5 (RL5) baru sahaja masuk minggu ketiga, tapi kumpulan R2 da menunjukkan belangnya. Pakcik tua tu memang paling IN la lawak dia, aku nengok dia orang nih macam group NO Entry zaman Nabil hari itu..ingat tak? ada pakcik yang lawak jugak tue.  lawak betul time dia kata "i love you" tue.


 kalau tak R2, Nazmi dan man pun 
lawak. Dasyat !!!! Memang dahsyat.....rasa nak gelak kalau nengok Nazmi cakap...cakap menjerit, sampai saya lupa nak wat kerja sekolah kalau nengok dia wat lawak...Dahsyat!!!  Sempoi gila lawak dia. Memang pecah perut dibuatnya.



p/s : I love you. Do you love me? if you do, please confront me. Am I crazy..I mean should I... drr.....

Tuesday, January 25, 2011

alas meja

hari ini seawal pagi sudah keluar rumah. Kemudian, singgah di ZZ sebelah hospital sultanah aminah untuk breakfast dengan abah mak dan afzan. sudah borak-borak habis cerita sambil makan-makan, tetiba abah berkata-kata :

abah : na, cuba awak nengok baju awak dengan meja.

nanato : haa....? (terpingga-pingga sambil menurut perintah )

abah : baju dengan alas meja sama. Menyamar jadi meja ek? hahhahahha...
Patutlah abah tengok orang tu dua tiga kali tengok awak. kahkahkah lagi...

mak dan afzan : mula gelak terbahak... (cess over..)

afzan : cepat abah...pinjam henset, nak tangkap gambar budak meja.

nanato : sengal...tak payah abah..tak payah...malu-maluan rasa nak kuar cepat-cepat.

abah : gelak lagi dan lagi.



sejurus selepas kejadian tersebut, kami pun pulang ke rumah. dengan penuh penat lelah, aku terbaring kat kerusi ibarat orang tiada tulang belakang (ayat magis mak aku bila dia nak suro aku bangun dai baring), ayah aku berkata lagi :




abah : nengok, dia menyamar jadi bantal pulak.


nanato : drrrr.....kahkahkah.


:: haa...sebab aku insist afzan supaya tak amik gambar tadi..nih je bukti baju aku..nih baju kotak-kotak alas meja ::
korang paham-paham je la kan alas meja kotak-kotak macam mana...demm...



p/s : pergh...abah aku, kalau melawak dia memang true. dalam diam je dia kenakan aku. 
alas meja dan aku? aku lagi cantik kot klu jadi meja...kehkehkeh...