Friday, December 31, 2010

please stay

even is just for a short period of time, the moment that we shared, the friendship that we had will never end. i miss every moment that we spent together, no matter how and no matter what. i miss u all guys, deeply from my heart. my heartaches just start when you all are not around. i cant stand this guys. please stay, don't go, please stay. as the time keeps slipping by, we created a lots of memories, the joy we had will never be erase. all the crazy thing that we did together, those would be the best memories and it will be my best therapy when i missing you. even its getting late to say this, thanks guys for being my best buddy.

:: i will missing you ::


p/s : TERIMA KASIH IMREC, because of u, i can met with this awesome crazy fellas, IMREC3. if i have my time machine, i will hold this 3 months for another 1 year. please stay, don't go, please stay. 

Thursday, December 30, 2010

GONGGONG GARUDA

::si gonggong garuda ::


malam semalam seawal malam mejelma, kami da bergerak ke port lepak kami, AGUS untuk tengok  GONGGONG GARUDA .pergh....seat baik punyer memang da habis kami, berdiri dari jauh sambil landing atas kereta tepi-tepi sambil wat keje amal mencuci habuk di kereta sebab semangat itu ada. punyer la semangat.



hebat memang hebat. khairul fahmi memang hebat. kalau aku yang jadi gol keeper..da bersepah da gol indon sumbat. tapi disebabkan khairul fahmi tu hebat sepakan penalti pun dia boleh hentikan. da lah dia hensem, muka ala-ala jepun wooo....


minit ke-54,  safee salee sumbat satu gol...top scorer tu..gamat satu taman u dengar orang melalak...tu tak dengar mat-mat indon melalak menangis lagi. kehkehkeh





p/s: Malaysia memang hebat. hopefully boley tahan lama.esok cuti peristiwa...yipee!
erk..macam aku keje plak...da 2 minggu duk cuti memanjang.

Tuesday, December 28, 2010

reti tak sapu?

 ::jangan mudah terpedaya dengan senyuman manis beliau, beliau sangat lawak okay ::


tengah sibuk aku menyapu rumah balik baru-baru ini, tetiba aku terdengar :


"nana nih...sapu tak reti-reti"



perghh...bernanah telinga aku bila aku paling tengok si iman nur qadisha yang cakap. mak aku gelak kuat-kuat dari jauh tengok teletah anak sedara aku panggil umi na dia nana je. sound baik punyer... susu masih di mulut, dengan kemas sound aku. cess memang cess...



p/s : saya sedang mengalami waktu senang hati...tapi tidak berapa tenang....kenapa ek?

Friday, December 17, 2010

saya dan buah hati



"Saya tak perlukan lelaki yang sempurna.Cukuplah seorang lelaki yang sentiasa mahu memperbaiki dirinya untuk membimbing saya dan anak-anak kami kelak."







p/s : jalan-jalan kat dinding orang-orang tetiba terlihat ayat ini. memang sangat best qoute dia kan. 
       saya perlukan dia yang ajak saya solat jemaah bersama. ehem..ehem....esok balik rumah..yipee..

Wednesday, December 15, 2010

ramalan bintang




ramalan bintang...bunyi macam aneh, tapi lebih mudah dikenali sebagai horoskop. kalau time sekolah-sekolah dulu, bila outing jumaat sabtu je, mesti majalah REMAJA akan dibeli untuk hiburan di hari minggu. mula selak budak aspuri dok main pinjam-pinjam magazine. habis satu aspuri dia rotate. tak sempat kat hostel, dia bawak pulak baca kat class time prep. hahaha..maju giler, orang baca buku sekolah korang baca buku hiburan.




 apa kes, patut setiap kali kuar result exam, dalam list nama, nama kamu mesti senang di cari, bukan di atas, bukan ditenggah-tenggah, tapi mula lah dari nama yang bawah sekali baru tarik keatas, mesti cepat jumpa kan. hahaha...sengal kamu nih nanato. perangai tak gadis ayu langsung. aips..baca REMAJA kira boleh dikategorikan sebagai gadis ayu apa?hehehehe...




bukan nak baca apa sangat pun dalam REMAJA nih, part yang aku akan cari first sekali ialah part horoskop. memang terbaek dari ladang. suka baca apa yang dia tulis, adakah kebenaran nyer boleh dibukti secara sains atau hanya sekadar ramalan semata-mata. itu terpulang kepada individu, tapi sekadar membaca , jangan percaya bulat-bulat pulak. tetiba malam semalam teringat nak nengok hobi aku masa sekolah-sekolah dulu, negok horoskop minggu ini. ye lah..kita mana main REMAJA da sekarang, baca buku-bermuka-muka lagi syok. hehehhe.....




so, aku bintang sagi, aku nengok sagi  ek, klu korang nak nengok diri sendiri punyer, pergi blog ini. horoskop minggu ini untuk sibintang sagi ialah :


Ramalan bintang Sagitarius (23 November - 20 Desember)
Peruntungan: Usahakan untuk tidak membuat keputusan berani di minggu ini. Lihat situasi dulu tunggu sampai akhir minggu ini. Kalau nanti sekiranya bisa dilakukan ya jalankan, tetapi kalau belum sebaiknya ditunda dulu.

Kesehatan: Luka lama jika kurang bisa merawatnya bukan tidak mungkin akan terjangkit kembali. Ini yang mesti Anda hindari agar kesehatan tetap bisa selalu prima.

Kewangan: Banyak kebutuhan muncul sehingga Anda mesti memprioritaskannya agar semua kebutuhan dapat tercukupi semuanya.

Asmara: Apa gunanya membuat janji-janji kalau hanya akan membikinnya kecewa saja di kemudian hari.





p/s: mana punyer bahasa sudah aku amik.okesh belasah-belasah. yang peruntungan tu namapak macam betul. yang lain, kira aku boleh tolak tepi la. hehehehe

Wednesday, December 8, 2010

bila sudah bekerja

assalammualaikum...semalam cerita pasal life aku yang baru menampakkan rupa, sekarang nak cerita bila saya sudah banyak kerja nak buat, blogging macam orang takde kerja. hahaha..bila ada mood nak update blog tiap-tiap hari pun mau tulis kan. 


tak bosan plak orang lain baca kamu punya blog yang ngarut ini cik nanato. kamu jangan bajet feymes. pipiyapong pun lagi feymes dari kamu. bak kata adik aku 'pipiyapong skolah sains tau'. habis tu aku nih boleh tergolong tak dalam golongan si feymes yang cool. ye....saya tau saya tak boley jadi feymes. STOP WRITING NONSENSE ANNOYING WOMEN. hahhahaha....



 okesh...stop tulis ngarut-ngarut cik nanato. stop sebelum dedek cakar muka kau. kahkahkahkah...sambung buat lab sat lagi. skang memang melambak keje nak buat. baru je lepas jupe supervisor aku, setimbun keje dapat. i should start my lab now and stop talking, gosiping and wat so ever. drrrr......-__-"



p/s : umi doing her's lab work today, doing soxhlet extraction. so, i couldn't proceed my damn lab today. so, jom facebooking pulak. hahahhaa...

Tuesday, December 7, 2010

yang baru

assalammualaikum....SALAM MAAL HIJRAH..sempena hari baik nih kita perlu lah memulakan sesuatu dengan langkah yang baik..iye kan. cess..tetiba jadi gadis yang ayu tapi tak seayu rupa. aduhai...perjalanan masih jauh, usia semain meningkat meninggalkan memori-memori lepas untuk dijadikan pedoman. adakah jalan yang saya ambil hari esok ini benar. oh, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Nya dan dipertunjukkan jalan yang lurus.


selama aku hidup nih, setiap langkah yang aku amik semua nya teratur dan tidak sukar untuk aku wat keputusan , masuk tadika, pastu pi sekolah rendah, belajar macam besa jer, masuk boarding school, SEMESTA, pastu PMR dan SPM, semua buat realaks-realaks, tak perlu pecah kepala untuk study. hahhaha...patut la SPM ko hancur nanato. punah harapan mak nak nengok anak dia pi over the sea. sorry mak, memang silap saya tak mau belajar betul-betul SPM dulu.


lepas SPM, masuk matrikulasi Pahang, okesh..keputusan yang mash tidak sukar untuk aku ambil.pegi je janji masuk U pas nih kan. belajar alar kadar lagi, dan-dan tu aku tersungkur jatuh. result tak macam xgempak ko buat kan. hahahha..insaf-insaf. i've learned my lesson. second sem, strive betul-betul target mesti achieved, hahha, nasib baik lepas klu tak, naya aku. then, masuk U, UKM, time nih memang da insaf, tak nak main-main lagi, nak guna otak aku betul-betul, rugi babe klu tak guna...nak tunggu dia karat? tak bersambung la jawab nyer neuron-neuron aku untuk bagi tindakbalas.


la nih da GRAD. skaang nih yang buat aku kompius. perjalanan tidak teratur lagi macam dulu. aku kena fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri. adakah jalan yang aku ambil ini betul atau tidak, aku masih sangsi, i'm still juggling with it.


semoga diberi pertunjuk dan dipermudahkan urusan aku di dunia ini. semoga apa yang aku ambil ini akan diberkati ALLAH. amin.


::SALAM MAAL HIJRAH::





p/s : hahhaha...tak banyak pulak kan saya tulis hari ini. new year, new hope, new life journey. perlukan sokokngan sekarang ini. tapi kalau sokongan dari segi financial lagi la aku suka sepnuh raga.

 aips..perangai tak senonoh gadis tak ayu ini.isk..isk..isk..