ramalan bintang...bunyi macam aneh, tapi lebih mudah dikenali sebagai horoskop. kalau time sekolah-sekolah dulu, bila outing jumaat sabtu je, mesti majalah REMAJA akan dibeli untuk hiburan di hari minggu. mula selak budak aspuri dok main pinjam-pinjam magazine. habis satu aspuri dia rotate. tak sempat kat hostel, dia bawak pulak baca kat class time prep. hahaha..maju giler, orang baca buku sekolah korang baca buku hiburan.
apa kes, patut setiap kali kuar result exam, dalam list nama, nama kamu mesti senang di cari, bukan di atas, bukan ditenggah-tenggah, tapi mula lah dari nama yang bawah sekali baru tarik keatas, mesti cepat jumpa kan. hahaha...sengal kamu nih nanato. perangai tak gadis ayu langsung. aips..baca REMAJA kira boleh dikategorikan sebagai gadis ayu apa?hehehehe...
bukan nak baca apa sangat pun dalam REMAJA nih, part yang aku akan cari first sekali ialah part horoskop. memang terbaek dari ladang. suka baca apa yang dia tulis, adakah kebenaran nyer boleh dibukti secara sains atau hanya sekadar ramalan semata-mata. itu terpulang kepada individu, tapi sekadar membaca , jangan percaya bulat-bulat pulak. tetiba malam semalam teringat nak nengok hobi aku masa sekolah-sekolah dulu, negok horoskop minggu ini. ye lah..kita mana main REMAJA da sekarang, baca buku-bermuka-muka lagi syok. hehehhe.....
so, aku bintang sagi, aku nengok sagi ek, klu korang nak nengok diri sendiri punyer, pergi blog ini. horoskop minggu ini untuk sibintang sagi ialah :
Ramalan bintang Sagitarius (23 November - 20 Desember)
Peruntungan: Usahakan untuk tidak membuat keputusan berani di minggu ini. Lihat situasi dulu tunggu sampai akhir minggu ini. Kalau nanti sekiranya bisa dilakukan ya jalankan, tetapi kalau belum sebaiknya ditunda dulu.
Kesehatan: Luka lama jika kurang bisa merawatnya bukan tidak mungkin akan terjangkit kembali. Ini yang mesti Anda hindari agar kesehatan tetap bisa selalu prima.
Kewangan: Banyak kebutuhan muncul sehingga Anda mesti memprioritaskannya agar semua kebutuhan dapat tercukupi semuanya.
Asmara: Apa gunanya membuat janji-janji kalau hanya akan membikinnya kecewa saja di kemudian hari.
p/s: mana punyer bahasa sudah aku amik.okesh belasah-belasah. yang peruntungan tu namapak macam betul. yang lain, kira aku boleh tolak tepi la. hehehehe
0 comments:
Post a Comment