Thursday, August 12, 2010

10.08.10

hari kelmarin adalah satu memori yang tidak akan aku lupakan. segalanya sudah selesai buat masa ini. selesai bagi menanggung tanggungjawab sebagi seorang pelajar.




:: golongan berjubah unggu ::


:: SELAMAT BERPUASA ::




p/s : malam ini update gambar time konvo plak ye....nak pergi pulang jubah dah..waa..:(

Sunday, August 8, 2010

K.A.R.M.A

malam ini, dengan semangat waja untuk pergi membeli makanan, kami dengan tangkas bergerak ke tapak pesta konvo tanpa segan silu selepas solat isyak. mana tau, malam ni ada artis macam semalam ke, sebab aku masih terkilan tak dapat nengok 6th sense semalam. bawak encik fabregas dengan laju nya menuju ke destinasi, sebab kalau bawak encik keta kebal, memang tak in bila part nak cari parking. da parking, kami pusing-pusing satu tapak then, kami pekena laksa penang 88 dengan petis. memang cara dan dalam perancangan nak pegi makan lagi esok harinya.



dah habis makan, kami berangkat pulang dengan cepat memandangkan artis pun tak de nampak malam ni. sampai-sampai kat encik fabregas, tetiba ada plak motor blok fabregas kami. terpaksa la menolak dengan bantuan ika ivy. ika ivy sudah mula rungsing sebab motor tu macam tak stabil dengan tongkat nyer. dua tiga kali gak la ia nak jatuh.



ika ivy : asal dengan motor nih..$%#*
(dia mula menggomel sendirian )

nanato : huish..lek la.



sejurus kemudian, kami try start fabregas kami, wat hal plak da. ia mula tak mau start. haish...time ramai-ramai orang la dia nak wat hal. tup-tup belakang kami ada mamat empunya moto tak stabil tadi. dia amati kami jauh-jauh.



mat moto : motor tak ble start ka?
cuba try double stand.
(dengan baik nyer)



aku dan ika da mula risau, takut dia dengar apa yang ika ivy omelkan tadi.



nanato : a'a...tak boleh start.
tak tendang langsung.
guna starter memang tak boleh.



dengan kuat mamat moto tue try start skuter kami. tak boley nih, mungkin bateri kot. pastu, kami decide nak tolak fabregas ke kolej yang terdekat dan tinggalkan je skuter tu kat situ. mamat moto punya la baik, dia offer untuk tunda skuter kami. aku dengan malu terima dengan hati terbuka.



pergh..karma memang karma. sebab kutuk motor mamat tue la, at last dia yang tolong kami. then kami berjalan kaki pulang ke kolej, amik keta encik kebal dan decided untuk tengok semula apa problem dengan encik skuter. dan-dan kami datang situ, dua tiga kali kami try start boleh plak berjaya dengan jaya nya.




aduiyai...memang Allah nak duga kami malam nih. tak baik kutuk orang, last-last dia gak yang tolong kita. KARMA-KARMA-KARMA.




p/s : terima kasih kepada kamu sebab susah-susah tolong kami, walaupun saya memang tak reti nak main tunda-tunda motor nih. hahahhah...padan muka ika ivy, suka marah-marah lagi.

penutup pesta ada YUNAlis zaria....YIPEE!!!

Saturday, August 7, 2010

Eh! berapa umur?


bila bilang-bilang umur aku, da nak masuk 22 tahun aku hidup di muka bumi ni. wow! lama tu. ini boleh dikira sebagai satu umur yang sudah lanjut dan aku harus mengejar cita-cita aku dengan cepat kerana masa tak kan tunggu aku. isk...tapi kalau korang sekali pandang muka aku dan golongan-gongan yang sama umur dengan aku muka macam budak sekolah baru pas habis amik SPM.



tapi yang paling true, aku suka tanya umur aku kat ayah aku.



nanato : abah, umur saya berapa ek?


abah : 19. (dengan yakin tanpa berfikir panjang)



memang sayang lah akat ayah aku. jujur gile. buat jawapan berdasarkan pemerhatian. suka-suka-suka.


nanato : abah, umur saya da nak masuk 22 la.

abah : yeke?
kenapa awak takde pakwe lagi?

nanato : sentap sambil buat muka HAPPY.




p/s : abah bagi duit untuk baju konvo. SWEET!

Thursday, August 5, 2010

gigi bongsu ek?

nak eja NGANGA pun aku berfikir dua tiga kali, sebab subjek Bahasa Melayu memang sudah lama aku tinggalkan. hanya pertuturan yang di aplikasikan. Hari ini aku nak cakap pasal NGANGA, sebab tetiba mulut aku menjadi sukar untuk di NGANGA dengan luas sejak pagi semalam.


'katanya gigi SULUNG nak tumbuh'


aku bicara dengan yakin, nah sedebik gelak aku kena ngan dua orang kakak aku yang memang aku sayang giler sambil lepak-lepak kat BBB tomyam malam semalam.


' gigi SULUNG?'

'kahkahkahkah'

'gila bahasa'
kaklong membalas

'gigi BONGSU la'

aku tersipu malu. perangai macam abah aku. main sebut je apa yang terlintas sambil malas nak pikir panjang.



p/s : perut mula lapar. hari ini, makan BK, satu langkah yang silap untuk aku ambil memandangkan aku tak boleh nak nganga luas-luas untuk ngap burger tue...cess......