Saturday, March 12, 2011

CITA-CITA

Sejak aku mengenali apa itu doktor dan apa maksudnya cita-cita. Bila diajukan soalan apa cita-cita kamu bila besar dari kecik aku akan jawab:

" Aku nak jadi DOKTOR "
(dengan yakin dan telus tanpa ragu-ragu )

Darilah aku umur 4 tahun sampai darjah 1. Lama tu kan. Sehinggalah aku darjah 2, bila tengah sibuk mengisi buku rekod di akhir tahun, aku dan geng-geng aku mula buat kepala pana, kami ubah cita-cita kami, ada tiga cita-cita yang ingin aku jadi time tue, sebab pening tak tahu nak isi apa aku dan geng mula buat-buat binggung isi pilihan seterusnya untuk jadi artis. Yelah, biasanya mak ayah aku yang isi, bila darjah 2, kena isi sendiri plak kan. Bila cikgu panggil sorang-sorang ke depan, sorang demi sorang kena cakap cita-cita masing-masing depan cikgu . Cikgu panggil nama aku,

Cikgu Hayati : Farhana.

nanato : Melangkah dengan excited gaya artis naik pentas.

Cikgu Hayati : Apa cita-cita kamu Farhana?

Nanato : Saya nak jadi :
      1. Doktor
      2. Penyanyi
      3. Pelakon

Cikgu Hayati : Bagus. Kamu tak payah belajar teruslah Farhana. Membazir je mak ayah kamu hantar kamu belajar tinggi-tinggi kalau nak jadi artis je !!

Aku terus sentap. Dan sejak dari itu aku da tak nak jadi artis dah. Nak jadi doktor je. Yang aku peilik 3 kawan aku tu tak pulak cikgu marah. Mesti cikgu yati benggang dengan aku sangat sebab aku budak baju biru yang diharap tapi cita-cita macam hampeh. Nasib baik tak ada rotan hinggap dipunggung ku.

Naik darjah 4, aku tukar lagi cita-cita aku, nak jadi Sainstis plak. Pergh time tu, kalau dengar cakap nak jadi sainstis memang kagum. Yela zaman tak Y2K lagi masa tu, hahahhahha......Dan sekarang, aku jadi sainstis, seperti apa yang aku impikan masa kecik-kecik dulu. Nak jadi doktor tak lepas, sebab cita-cita tue ada tapi kurang ilmu sikit.Bangga tak, bangga tak, cita-cita aku masa kecik tercapai. Bangga ke banggang? kahkahkah.....

Kalau aku teruskan cita-cita aku untuk jadi artis kan bagus, jadi penyanyi, boleh jadi macam Siti Nurhaliza. Uisshh...jiran dan produk sekolah aku tu babe, sekarang da kaya-raya mak aih...Aku dan Dato Siti..Ok tak?


           



p/s : Nak jadi doktor, nak jadi doktor. Nak jadi sainstis, sudah jadi saintis. Doktor Falsafah ok jugak kan. hehehhehe. Doakan saya ye.


Budak baju biru...faham-faham jelah. lama tu jadi prefect dari darjah 2 sampai darjah 6, tapi sebab konflik dengan cikgu pengawas, aku tak dilantik jadi prefect board pun. Last-last buat kepala pana lagi, poteng assembly. Yeeaha...i like.

10 comments:

Tuan Cimot said...

hahahah..nasib ko xjd artis..aku masih mengenali diri kau bila ko xjd artis..hahhaha..selamat mengambil phd..sila2...

N A N a t O said...

hahahha..klu x mesti ko x jupe aku kan tikah bila aku jd artis.

AcongEduardo said...

ms sek rendah cita2 aku nak jd pengurus bank..sebab aku ingt duit2 dlm bank tu pengurus yg punye..bayangkan lah kalau ad 10 juta dalam bank tu..xke kaye..hahaha

afzan said...

frankly speaking, entry ni nak highlightkan kamu seorang pengawas. kan kan kan?
aku, dia & lensa

Shukri Mohd Ali said...

hehe. doktor nana! :D

N A N a t O said...

acong : pergh..klu cita2 ko jd kenyataan ko rs ko jd kaya rak skang? hahahha.....

N A N a t O said...

abengah kakashi : kahkahkah..mn tau nih?

N A N a t O said...

shukri : ye saya....hehehe...writer shukri...:)

Sham said...

salam kenal...

jadila artis yang mempunyai PHD...baru glam...Dr nanato...heee

N A N a t O said...

sham : boleh jadi mcm dr.rozmey jugak kan..lg famous....hahahhaha